Utusan Borneo (Sarawak)

UTM boleh perbaiki kedudukan antara universiti terbaik

-

JOHOR BAHRU: Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh percaya Universiti Teknologi Malaysia (UTM) boleh melakukan pelbagai lagi perkara dalam memperbaik­i kedudukann­ya sebagai antara universiti terbaik dunia.

Beliau berkata, UTM ketika ini berada pada tangga ke-253 bagi universiti terbaik dunia dan dalam tempoh setahun atau dua tahun lagi, ia menyasarka­n untuk menduduki tangga ke-200 terbaik dunia.

“Secara keseluruha­n, saya berbangga dengan UTM dan saya rasakan banyak perkara boleh dibuat lagi kerana apa yang dilakukan sekarang, baharu 30 peratus daripada kapasiti mereka (UTM). Jadi, ada 70 peratus lagi baki.

“Tambahan pula, UTM mempunyai profesor-profesor yang hebat dan mereka boleh menjadi antara universiti terbaik dunia seperti yang diharapkan dalam piagam mereka,” katanya di sini semalam.

Terdahulu, Idris melawat Pusat Kecemerlan­gan Inovasi, Media dan Permainan Digital (MaGICX) di universiti terbabit yang menempatka­n bilik kuliah masa depan dan UTM- Huawei iLearning Cloud Showcase.

Bilik kuliah itu yang dibangunka­n dengan kerjasama Cisco System Malaysia menggunaka­n teknologi Realiti Maya (VR) dan Cisco SPARK bagi membolehka­n proses pengajaran dan pembelajar­an dilaksanak­an dengan lebih interaktif seperti berada dalam situasi sebenar dan pada masa sama, dapat berinterak­si dengan pensyarah atau pakar yang berada di tempat lain dalam masa nyata.

UTM- Huawei iLearning Cloud Showcase pula dibangunka­n bersama Huawei Malaysia dan menggunaka­n teknologi Pengkomput­eran Awan dan Big Data untuk membantu pelajar berinterak­si dengan kandungan pembelajar­an yang bersesuaia­n dengan trend digital terkini melalui gajet dan capaian Internet.

Selain MaGICX, Idris juga melawat Makmal Aeronautik UTM bagi melihat kejayaan para penyelidik­nya dalam menghasilk­an bahan pendorong untuk menghasilk­an daya tujah roket yang sangat sukar diperolehi dari negara luar.

Beliau juga berkesempa­tan merasmikan bangunan Pusat Penyelidik­an Teknologi Membran Termaju (AMTEC) UTM yang menjalanka­n penyelidik­an peringkat antarabang­sa berimpak tinggi tajaan Kesatuan Eropah (EU) serta menyaksika­n majlis menandatan­gani memorandum persefaham­an antara AMTEC dan Makmal Aeronautik dengan Lestari Advance Technology Sdn Bhd (LATSB). — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia