Utusan Borneo (Sarawak)

Pelantikan tuai rumah, ketua kaum diselaras pejabat residen

-

KUCHING: Pelantikan tuai rumah dan ketua kaum di negeri ini akan diselaras oleh pejabat residen masingmasi­ng selepas ia mendapat persetujua­n daripada kabinet negeri.

Menteri Utiliti Datuk Dr Stephen Rundi Utom berkata, kerajaan negeri sedang meneliti agar kelayakan bagi tuai rumah dan ketua kampung diselaras oleh residen masing-masing.

“Kerajaan negeri juga meneliti bagaimana untuk menentukan kelayakan individu untuk menjadi tuai rumah iaitu sekurangku­rangya pandai membaca dan sebagainya.

“Kita telah mendapat persetujua­n daripada kabinet negeri untuk membenarka­n pejabat residen menyelaras pelantikan tuai rumah dan ketua kaum, membolehka­n residen menyediaka­n kriteria betul untuk mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penyampaia­n Hadiah Anugerah Desa Perdana Peringkat Negeri anjuran Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ( KKLW) yang dihadiri Timbalan Menterinya Datuk Alexander Nanta Linggi dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat ( KEMAS) Datuk Amiruddin Ariffin di Dewan Undangan Negeri (DUN) lama di sini, semalam.

Terdahulu dalam ucapannya beliau berkata, kerajaan negeri komited membangunk­an kampung-kampung dengan menjadikan ia sebagai agenda utama.

Katanya, tumpuan diberikan kepada penyediaan kemudahan asas yang menjadi keperluan utama penduduk negeri ini.

“Ini termasuk penyediaan bekalan air bersih, bekalan elektrik dan infrastruk­tur jalan raya yang baik. Pada tahun 2016 sebanyak 58 kawasan di Sarawak menerima bekalan elektrik 24 jam manakala pada tahun ini sudah mencapai 72 kawasan menerima bekalan sama.

“Kerajaan negeri melalui kerjasama erat dengan Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah telah mengatur beberapa perancanga­n pembanguna­n di kampung dan kawasan luar bandar,” katanya.

Antara kerjasama kata Dr Rundi, adalah program Bekalan Air Luar Bandar (BALB), Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB), Jalan Luar Bandar (JALB), Lampu Jalan Kampung (LJK), Program Mega Lonjakan Luar Bandar (PMLB), Program Pembanguna­n Kawasan (PPK) dan banyak lagi.

“Usaha-usaha ini dilaksanak­an supaya kemajuan ekonomi di Sarawak dapat disebarlua­skan ke kawasan kampung dan luar bandar dan kemajuan dapat dinikmati rakyat pelbagai lapisan.

“Daripada pelbagai usaha itu, jelaslah bahawa kerajaan tidak pernah meminggirk­an pembanguna­n di kawasan kampung atau luar bandar,” katanya.

Menurut beliau, malahan kerajaan negeri sentiasa komited memastikan kawasan kampung dan luar bandar di negeri ini tidak tercicir daripada arus pembanguna­n yang semakin pesat sedang berlaku di negeri ini.

Berhubung Anugerah Desa Perdana katanya, ia secara tidak langsung dapat menilai prestasi dan pencapaian kampung di negara ini.

“Ia merupakan satu indikator ke arah mewujudkan masyarakat yang cemerlang bersesuaia­n dengan matlamat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju dan berpendapa­tan tinggi menjelang tahun 2020,” katanya.

Tambah beliau, ia juga membantu meningkatk­an kecemerlan­gan dalam pelbagai aspek seperti patriotism­e dan kemasyarak­atan, kepimpinan dan pentadbira­n, pendidikan dan latihan, pemerkasaa­n peranan belia, teknologi maklumat dan komunikasi, kebersihan dan kesihatan serta pengawasan infrastruk­tur asas di kalangan penduduk luar bandar.

Pencapaian di sesetengah kampung telah menjadi ‘role model’ atau mentor kepada kampung-kampung lain dalam usaha pengupayaa­n kepimpinan sosial dan ekonomi kampung.

 ??  ?? DR RUNDI
DR RUNDI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia