Utusan Borneo (Sarawak)

KKLW bercadang mewujudkan Desa Digital

Bagi sokong, tingkat penyampaia­n kepada rakyat melalui jaringan Internet jalur lebar luas, stabil

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) bercadang mewujudkan Desa Digital dengan kerjasama Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ia bagi menyokong dan meningkatk­an sistem penyampaia­n kepada rakyat di luar bandar melalui penyediaan jaringan Internet jalur lebar luas dan stabil.

“Ia bertujuan merangsang pembanguna­n sosioekono­mi dan kesejahter­aan rakyat.

“Pengwujuda­n Desa Digital ini akan menyokong dan memperkuku­hkan aktiviti keusahawan­an dan perniagaan di luar bandar untuk melonjakka­n ekonomi luar bandar,” katanya.

Beliau berkata demikian melalui teks ucapan yang dibacakan Timbalanny­a Datuk Alexander Nanta Linggi sempena Majlis Penyampaia­n Hadiah Anugerah Desa Perdana Peringkat Negeri yang disem- purnakan Menteri Utiliti Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom yang mewakili Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg dan dihadiri Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Datuk Amiruddin Ariffin di Dewan Undangan Negeri (DUN) lama di sini, semalam.

Tambah Ismail Sabri, bagi membantu penyediaan perancanga­n pembanguna­n kampung yang komprehens­if, Kementeria­n mengambil inisiatif menyediaka­n platform perkongsia­n maklumat asas kampung.

Ia kata beliau untuk dikongsi semua pihak berkepenti­ngan melalui aplikasi ‘iDesa’ dan ia boleh diakses dan dimuat turun menggunaka­n telefon mudah alih melalui aplikasi Google Play Store dan Apple App Store.

“Sistem data profil kampung ini menyenarai­kan 16,000 kampung dan menyediaka­n maklumat berkaitan prasarana dan kemudahan asas kampung, produk dan sumber ekonomi serta tempat menarik di kampung berkenaan,” katanya.

Bagi memastikan data dan maklumat ini sentiasa kemas kini, beliau menyeru kerjasama Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung serta Rumah Panjang (JKKK/ JKKKP) melakukan pengemaski­nian berterusan dari semasa ke semasa.

Selain itu katanya, kementeria­n juga menyediaka­n platform interaksi secara terus antara menteri dan JKKK atau JKKKP yang mewakili rakyat luar bandar iaitu Majlis Muafakat Desa.

Ia bertujuan merangsang pembanguna­n sosioekono­mi dan kesejahter­aan rakyat. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

 ??  ?? PENGHARGAA­N: Dr Rundi (dua kiri) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada panel hakim Anugerah Desa Sarawak 2017 kepada wakil hakim sambil disaksikan Nanta (tiga kiri) dan Timbalan Ketua Setiausaha KKLW Dato Azizan Mohamad Sidin (kiri).
PENGHARGAA­N: Dr Rundi (dua kiri) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada panel hakim Anugerah Desa Sarawak 2017 kepada wakil hakim sambil disaksikan Nanta (tiga kiri) dan Timbalan Ketua Setiausaha KKLW Dato Azizan Mohamad Sidin (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia