Utusan Borneo (Sarawak)

Pembuatan parang produk pelanconga­n utara S’wak

Boleh dipromosi di bawah satu pakej pelanconga­n, menjadikan­nya tarikan pelancong ke Limbang, Lawas

- Oleh Mastura Ismail

Industri parang yang mempunyai keunikan tersendiri di daerah ini, perlu ditonjol dan dimajukan untuk dipromosi ke peringkat antarabang­sa sekali gus menjadikan Lawas sebagai destinasi pelanconga­n.

LAWAS: Industri pembuatan parang yang banyak diusahakan di utara negeri ini mempunyai potensi besar dimajukan sehingga ke peringkat antarabang­sa di bawah Program Satu Daerah Satu Industri (SDSI).

Timbalan Ketua Setiausaha Kebudayaan, Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan Malaysia Datuk Rashidi Hasbullah berkata keunikan parang kerana mempunyai seni reka ukir tersendiri yang mampu mengubah landskap pembuatan parang domestik.

Jelasnya pembuatan parang boleh dipromosi di bawah satu pakej pelanconga­n, menjadikan ia sebagai produk tarikan pelancong asing yang datang berkunjung ke daerah Limbang dan Lawas.

“Industri parang yang mempunyai keunikan tersendiri di daerah ini, perlu ditonjol dan

Datuk Rashidi Hasbullah Timbalan Ketua Setiausaha Kebudayaan, Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan Malaysia

dimajukan untuk dipromosi ke peringkat antarabang­sa sekali gus menjadikan Lawas sebagai destinasi pelanconga­n,” katanya pada perasmian projek Kraf Kampungku (KKK) Peringkat Negeri di sini semalam.

Turut hadir Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia Datuk Zuraida Mokhtar, Timbalan Residen Pembanguna­n Selamat Jati Yanjah, Wali Kota Majlis Daerah Limbang (MDL) Kaunselor Sufian Mohat dan kenamaan lain.

Katanya sebanyak 10 projek SDSIdinege­riinidiban­gunmelibat­kan tujuh daerah termasuk daerah Limbang dan Lawas dengan penglibata­n seramai 31 usahawan kraf bidang pembua- tan parang.

“Projek ini berjaya mengangkat industri kraf tangan ke tahap lebih tinggi dengan nilai jualan kraf tangan mencatatka­n RM135,420 pada 2016.

“Jumlah jualan ini dijangka meningkat dengan penglibata­n lebihramai­usahawankr­afparang pada tahun ini,”katanya.

Beliau mahu melihat produk parang mengekalka­n kualiti melalui ukiran kreatif dan unik dengan menonjolka­n kebudayaan tempatan.

Jelasnya ukiran bendera Sarawakdan­Malaysiaji­kadipromos­i ke luar negara secara tidak langsung akan mempromosi negara ini ke mata luar.

Beliau mahu usahawan kraf tangandapa­tmempertin­gkatkan pengeluara­n, menawarkan­harga kompetitif dan menjaga kualiti produk agar produk kraf tempatan diterima di pasaran termasuk Brunei.

Katanya teknik pemasaran amat penting untuk memastikan produk parang dapat dimajukan dengan lebih baik termasuk secara online.

Kraftangan Malaysia jelasnya, akan sentiasa memberi khidmat nasihat, membantume­masarkan dan mempromosi­kan produk kraf usahawan.

 ??  ?? USAHAWAN BERJAYA: Rashidi (barisan kedua, enam kiri) bersama kenamaan lain bergambar dengan pengusaha parang tempatan Limbang dan Lawas semalam.
USAHAWAN BERJAYA: Rashidi (barisan kedua, enam kiri) bersama kenamaan lain bergambar dengan pengusaha parang tempatan Limbang dan Lawas semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia