Utusan Borneo (Sarawak)

Projek Kraf Kampungku Parang Lawas angkat ekonomi usahawan tempatan

-

LAWAS: Projek Kraf Kampungku Parang Lawas Sarawak dilaksanak­an bagi mengangkat kedudukan ekonomi kumpulan usahawan menghasilk­an seni pembuatan kraf parang.

Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia Datuk Zuraida Mokhtar berkata projek berkenaan terpilih sebagai destinasi ketiga penganjura­n projek selepas pelaksanaa­n di Kuala Kangsar Perak dan Keningau Sabah.

Katanya terdapat 31 usahawan produk kraf parang dari Limbang dan Lawas terlibat dalam projek berkenaan.

“Projek ini memberi manfaat kepada 20 kampung di daerah Limbang dan Lawas yang bertungkus- lumus memartabat­kan seni pembuatan produk kraf parang yang menjadi produk ikon setempat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada perasmian Projek Kraf Kampungku (KKK) Peringkat Negeri di sini semalam.

Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha Kebudayaan, Kementeria­n Pelanconga­n dan Kebudayaan Malaysia Datuk Rashidi Hasbullah, Timbalan Residen Pembanguna­n Selamat Jati Yanjah, Wali Kota Ma- jlis Daerah Limbang (MDL) Kaunselor Sufian Mohat dan kenamaan lain.

Jelasnya, ketekunan, kemahiran termasuk kreativiti tinggi juga kehalusan ukiran pada penghasila­n produk kraf parang oleh usahawan perlu dihargai.

Zuraida menambah, pelaksanaa­n projek Kraf Parangku, Kraftangan Malaysia mengambil pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dengan mewujudkan perbincang­an kumpulan fokus bersama 30 rakan strategik.

Ia katanya, melibatkan agensi kerajaan dan swasta di peringkat negeri dalam membincang­kan inisiatif pembanguna­n produk, pengeluara­n, jaminan kualiti, produk kampungku, pasaran dan promosi.

“Pelaksanaa­n projek Kraf Kampungku Parang Lawas Sarawak mampu menjadikan pembuatan parang sebagai sumber pendapatan utama.

“Adanya permintaan tinggi dalam pasaran, menjadikan penghasila­n produk kraf parang terus relevan dan popular bagi kegunaan harian yang kini turut dijadi perhiasan dalaman, cenderamat­a dan koleksi peribadi,”katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia