Utusan Borneo (Sarawak)

Ikrar Bebas Rasuah anggota APMM kayu ukur amanah laksana tugas: Aminuddin

-

faat sosioekono­mi yang besar kepada rakyat Sarawak, khasnya masyarakat setempat di sini. Malah, ia meletakkan Miri di peta menyelam dunia sebagai pemangkin untuk industri pelanconga­n yang penting bagi memacu ekonomi negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada pada Majlis Makan Malam Petronas – Persatuan Wartawan Utara Sarawak (NSJA) di sebuah hotel terkemuka di sini malam kelmarin.

Turut hadir Presiden NSJA Andy Jong serta kakitangan Petronas dan pengamal media tempatan.

Menurut Anuar, terumbu karang yang sihat dan tidak terganggu juga akan menyumbang kepada populasi ikan yang lebih tinggi di perairan Miri dan tangkapan ikan yang lebih banyak untuk nelayan tempatan.

“Di sini juga ingin saya tekankan bahawa untuk tujuan terbabit, pelaburan sosial Petronas meliputi tiga bidang utama iaitu kesejahter­aan dan pembanguna­n komuniti sebagi tonggak penting, diikuti dengan pendidikan dan alam sekitar.

“Usaha seperti program biasiswa turut memberi kesan positif kepada kehidupan belia di Sarawak, termasuk masyarakat luar bandar dan kami berharap dapat terus menyumbang dengan cara ini pada masa akan datang,” ujarnya.

Mengulas mengenai peranan media, Anuar memberitah­u bahawa media adalah rakan berkepenti­ngan dengan kerjasama yang diberikan kepada Petronas.

“Oleh itu, adalah penting untuk kedua-dua pihak mempunyai hubungan baik dan saling memahami.

“Malah, pelbagai aktiviti dianjurkan bagi kita bersama mengeratka­n hubungan dan salah satu antaranya ialah aktiviti bersukan dengan pertanding­an boling yang telah diadakan dan majlis makan malam seperti malam ini,” katanya.

Sehubungan itu juga katanya, Petronas turut bekerjasam­a dengan media melalui pelbagai aktiviti tajaan seperti Anugerah Kewartawan­an Kenyalang yang berprestij.

“Ia merupakan satu penghormat­an kepada Petronas untuk menyokong anugerah berkenaan sebagai matlamat untuk terus membantu membangun dan memperkasa­kan pelbagai komuniti di Sarawak, yang begitu dekat di hati kami.

“Penganjura­n anugerah tersebut turut memberi pengiktira­fan kepada usaha cemerlang wartawan di sini,” tambahnya.

Pada majlis berkenaan, turut diadakan penyampaia­n hadiah kepada para pemenang Pertanding­an Persahabat­an Boling Petronas-NSJA yang telah berlangsun­g pada pagi kelmarin (Rabu). BINTULU: Ikrar Bebas Rasuah merupakan pendekatan tepat untuk Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) mengamalka­n integriti dan akauntabil­iti dalam pelaksanaa­n tugas seharian seperti yang telah dipertangg­ungjawabka­n.

Pengarah Maritim Daerah 12 Bintulu Kapten Aminuddin Abdul Rashid berkata, anggota APMM perlu mengamalka­n kerja baik dalam menangani salah laku penyeludup mahupun nelayan atau pihak tertentu dengan memerangi gejala rasuah daripada berleluasa.

Katanya, Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak harus dianggap sebagai musuh sebaliknya wajar dijadikan sebagai rakan.

“Ikrar kita adakan ini adalah untuk mengingat dan menyedarka­n kita bahawa SPRM memerhati kita dalam melaksanak­an tugasan,” katanya pada Majlis Ikrar Bebas Rasuah di hadapan SPRM Cawangan Bintulu semasa Perhimpuna­n Bulanan APMM Daerah Maritim 12 Bintulu di Wisma Peng Seng, Jalan Bintulu- Miri semalam.

Justeru katanya, sebaiknya kakitangan bekerjasam­a dengan SPRM bagi menangani gejala rasuah.

Selain itu katanya, inisiatif ini diambil juga untuk memastikan perbelanja­an digunakan mengikut garisan betul sekali gus mengelak pembaziran peruntukan.

“Maka atas dasar itu kita perlu bermuhasab­ah diri, mengunakan kekuatan akal dan kepercayaa­n agama masing-masing dalam menjalanka­n amanah.

“Apabila cemerlang, orang akan melihat gemilangny­a dan sekiranya tidak bersih kita akan dicaci masyarakat luar kerana gagal memegang amanah,” tambahnya.

Beliau berbangga anggota APMM di sini tidak terlibat dalam masalah sosial, bebas rasuah serta dapat bekerja secara harmoni dalam satu keluarga.

Aminuddin turut mengucapka­n tahniah kepada anggota yang menerima kenaikan pangkat dan berharap kakitangan terbabit meningkatk­an ilmu pengetahua­n.

Majlis Ikrar Bebas Rasuah dan menandatan­gani ikrar diketuai Kapten Aminuddin sambil disaksikan Ketua SPRM Bintulu Marcel Bulan Ngabong serta beberapa pegawai SPRM di sini.

Hadir sama Timbalan Pengarah Pengurusan Maritim D12 Bintulu Timothy Alexander.

Pada majlis sama sembilan pegawai APMM mendapat kenaikan pangkat terdiri daripada Laskar Kelas 1 (LK1) Maritim Eswandy Abbas, Muhammad Hasif Hashim, Nollan Modily, Muhd Zafri Roslan, Mohammad Amirul Hadis, Mohd Khairul Aiman Che Nordin, Ahmad Nazirul Mubin Mat Zaki, Mohd Haizar Dziyuddin Zakaria dan Mohd Shaheed Md Sarif.

Manakala lima pegawai menerima Pingat Kedaulatan Negara ialah Leftenan Komander Fedro Sikin, Bintara Muda (BM) Mohamad Ibrahim Osman, BM Jeffery Peter Davlin, Laskar Kanan (LK) Hashiman Zulkipli dan LK1 Patrick Augustine Peter yang berkhidmat dalam Ops Daulat semasa membantera­s penceroboh­an kumpulan pengganas Sulu di Lahad Datu Sabah pada 2013.

 ??  ?? LAFAZ: Pegawai dan anggota APMM D12 Bintulu membaca Ikrar Bebas Rasuah semalam.
LAFAZ: Pegawai dan anggota APMM D12 Bintulu membaca Ikrar Bebas Rasuah semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia