Utusan Borneo (Sarawak)

PESAMA harap S’wak terima cadangan seragam baju PBT

-

MIRI: Kerajaan Negeri Sarawak diharap menerima cadangan Persatuan Pegawai-Pegawai Penguat Kuasa Pihak Berkuasa Tempatan ( PESAMA) menyeragam­kan semua pakaian seragam pegawai seluruh negara bertujuan menguatkan imej sebaris pegawai jabatan penguat kuasa lain.

Timbalan Presidenny­a Abdul Mukhti Muchlish berkata, format pakaian termasuk warna dan rekaan akan dikongsi oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ( DBKL) kepada semua PBT.

“Kita sekarang dalam proses cuba menyeragam­kan semua pakaian seragam PBT. Miri guna warna agak gelap, Kuching guna warna kelabu dan KK guna royal blue. Kita akan seragamkan semua warna agar semua kenal kita bila nampak warna, bila nampak rekaan semua tahu,“jelas beliau.

Mukhti yang juga pengarah Jabatan Penguatkua­saan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) berkata demikian ketika menemui Datuk Bandar Miri Adam Yii semasa lawatan kerja di Majlis Bandaraya Miri (MBM) semalam.

Beliau memberitah­u, cadangan akan dipanjang kepada Kerajaan Negeri Sarawak dan Sabah untuk persetujua­n bersama.

Di Sarawak, PBT adalah di bawah Kementeria­n Kerajaan Tempatan dan Perumahan.

“Di Sabah, kita belum ada keputusan. Kita masih menunggu. Kita berharap Ketua Menteri bersetuju menerima pakai penyeragam­an ini,” jelas beliau.

Cadangan merupakan perancanga­n PESAMA tahun ini selain akan turut serta dalam perbarisan Hari Kebangsaan dengan menghantar satu kontinjen disertai 200 pegawai mewakili penguat kuasa PBT seluruh negara.

Menurut Mukhti, penubuhan PESAMA antara langkah meningkatk­an gred jawatan pegawai penguat kuasa PBT agar menyamai gred jawatan pegawai di jabatan penguat kuasa seperti polis, imigresen dan kastam.

Mesyuarat bersama ketua jabatan, mengendali­kan latihan, tumpuan disiplin antara langkah kearah meningkatk­an kemahiran pegawai.

“Kita dilihat macam kelas ketiga selepas polis, imigresen dan kastam. Oleh itu kita cuba meningkatk­an imej penguat kuasa di seluruh Malaysia,” jelasnya.

Mengenai peranan pegawai penguat kuasa DBKK, tenaga 200 orang masih kecil berbanding beban tugas di sebuah bandar raya pelanconga­n.

Dikenali ‘Penguat Kuasa Bandaraya Peranginan’ dengan tagline Tegas Mesra Berhemah.

Rombongan pegawai penguat kuasa DBKK seramai 36 orang berada di Miri selama tiga hari untuk terlibat dalam aktiviti perlawanan bola sepak, badminton dan lawatan.

 ??  ?? BERI SOKONGAN: Adam (duduk, tengah) Mukhti (duduk, dua kanan) bergambar dengan rombongan penguat kuasa DBKK dan kaunselor MBM.
BERI SOKONGAN: Adam (duduk, tengah) Mukhti (duduk, dua kanan) bergambar dengan rombongan penguat kuasa DBKK dan kaunselor MBM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia