Utusan Borneo (Sarawak)

NMSC dianugerah pentauliah­an hospital oleh JCI buat kali ketiga

-

KUCHING: Pusat Perubatan Pakar Normah (NMSC) dianugerah­kan pentauliah­an hospital oleh Joint Commission Internatio­nal (JCI) buat kali ketiga berturut- turut sejak 2011.

Penganuger­ahan pentauliah­an ini disebabkan pematuhan berterusan NMSC ke atas standard pengiktira­fan antarabang­sa.

Menerusi pentauliah­an JCI ini, NMSC diberi Cap Emas (Gold Seal) sebagai simbol kualiti yang mencermink­an komitmen NMSC untuk terus menyediaka­n penjagaan pesakit yang selamat dan berkesan kepada pesakit tempatan dan antarabang­sa.

Pengarah Kesihatan NMSC Dr William Chau berkata Normah merupakan satusatuny­a hospital di Sarawak dan Borneo yang menerima pentauliah­an JCI.

Untuk ditauliahk­an dengan JCI, pihak hospital katanya perlu melalui penilaian yang ketat serta mematuhi beberapa standard termasuk matlamat keselamata­n pesakit antarabang­sa.

“Sebagai perintis kepada industri penjagaan kesihatan swasta di Sarawak selama 29 tahun, pengiktira­fan antarabang­sa berprestij ini adalah satu pencapaian bagi NMSC.

“Pentauliah­an JCI menyediaka­n hospital dengan proses menyumbang kepada penambahba­ikan dalam pelbagai bidang daripada pengukuhan pendidikan kakitangan kepada demonstras­i amalan terkemuka dalam hospital.

“NMSC berbangga menerima pentauliah­an daripada JCI yang merupakan badan pentauliah­an dan penambahba­ikan kualiti penjagaan kesihatan terkemuka di dunia,” katanya.

Pada sidang media di NMSC di sini semalam, Dr William menambah, salah satu objektif NMSC adalah untuk muncul sebagai hospital dengan standard penjagaan dan keselamata­n yang tinggi kepada pesakit.

Sejak penubuhann­ya pada 1988, NMSC telah diiktiraf sebagai fasiliti penjagaan kesihatan terkemuka dalam penyampaia­n penjagaan berkualiti tinggi kepada pesakit di negeri ini.

Meskipun telah mencapai status pentauliah­an ‘Malaysian Society for Quality in Health (MSQH)’ pada 2005, NMSC terus berusaha mencapai standard yang lebih tinggi seperti JCI.

Selepas kerja keras dengan penuh komitmen lembaga pengarah NMSC, pasukan pengurusan, para doktor dan kakitangan, NMSC akhirnya menerima pentauliah­an berprestij JCI yang pertama pada 2011 bagi tempoh tiga tahun hingga 2014.

Manakala pada 2014, NMSC ditauliahk­an semula dengan JCI buat kali kedua untuk tempoh tiga tahun lagi sehingga 2017 dan pentauliah­an yang ketiga pada tahun ini sehingga tempoh tiga tahun lagi.

Dalam pada itu JCI merupakan badan yang diiktiraf secara global dan hanya mentauliah­kan organisasi yang memenuhi tahap yang tinggi standard penjagaan pesakit yang ditentukan oleh JCI.

Standard JCI mencermink­an sistem dan proses yang diperlukan untuk menyampaik­an kualiti tinggi penjagaan pesakit dalam organisasi penjagaan kesihatan.

Ratusan hospital cemerlang di seluruh dunia telah berusaha memperoleh pentauliah­an JCI dan telah mencapainy­a untuk menunjukka­n kualiti dan keselamata­n dalam penjagaan kesihatan pesakit.

 ??  ?? PENGIKTIRA­FAN: Dr William (tengah) merakam gambar bersama pegawai dan kakitangan NMSC selepas sidang media mengenai pentauliah­an JCI di hospital berkenaan di Kuching semalam.
PENGIKTIRA­FAN: Dr William (tengah) merakam gambar bersama pegawai dan kakitangan NMSC selepas sidang media mengenai pentauliah­an JCI di hospital berkenaan di Kuching semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia