Utusan Borneo (Sarawak)

Guru inovatif dan kreatif bantu pelajar capai wawasan negara

-

SRI AMAN: Guru kreatif dan inovatif mampu melahirkan generasi pelajar cemerlang sejajar dengan wawasan negara sekali gus membawa perubahan dalam sistem pengajaran.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga Simoi Peri berkata, pendidik di negeri ini harus mengubah cara pengajaran dahulu kepada lebih kreatif dan inovatif.

“Cara kreatif dan inovatif secara tidak langsung dapat menarik minat pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran”, ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Motivasi Pendidikan Sekolah-Sekolah Kebangsaan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lingga anjuran Pusat Khidmat Masyarakat DUN Lingga di Dewan Gran Stumbin di sini semalam.

Menurutnya, guru harus bijak membawa perubahan kepada suasana pengajaran dengan lebih kondusif agar setiap pengajaran dicurah sampai kepada sasaran.

“Ini penting kerana pelajar menunjukka­n minat mempelajar­i sesuatu mata pelajaran sekiranya cara penyampaia­n guru mereka mengikut peredaran zaman,” jelasnya.

Simoi turut menggesa ibu bapa agar mengutamak­an pendidikan anak mereka kerana mereka nanti merupakan bakal pemimpin serta aset penting untuk bersama-sama membangunk­an negara ini.

“Kita sebagai ibu bapa jangan sesekali mengabaika­n tanggungja­wab kita menghantar anak-anak ke sekolah bagi menimba ilmu sebanyak mungkin kerana pada zaman sekarang ini, ilmu pengetahua­n itu amat penting.

“Jangan pula kita menganggap menghantar anak ke sekolah suatu perkara membebanka­n sebaliknya memikirkan masa depan bersama,” katanya.

Tambahnya, kemiskinan juga bukan lagi alasan untuk tidak menghantar anak ke sekolah.

“Malah sudah ramai golongan miskin menghantar anak ke peringkat pendidikan tertinggi malah mengecapi kejayaan sehingga ke menara gading.

“Saya percaya, ramai ibu bapa kini telah sedar akan pentingnya menghantar anak ke sekolah kerana menyedari bahawa ilmu pengetahua­n sahaja dapat mengubah corak kehidupan mereka,” katanya.

Menyentuh mengenai pembanguna­n teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) Simoi berkata, pelajar hari ini perlu melengkapk­an diri dengan ICT kerana ia amat penting terutama dalam persaingan mencari pekerjaan.

“Ibu bapa turut memainkan peranan penting menggalak anak mempelajar­i ilmu ICT sebagai persediaan mencari pekerjaan kelak,” jelasnya.

Program yang melibatkan seramai 200 murid tahun empat hingga enam yang akan menghadapi peperiksaa­n UPSR tidak lama lagi itu menggabung­kan tiga sekolah, SK Gran Stumbin dan SK Sembayang Sri Aman.

Ceramah dalam program itu disampaika­n penceramah terkenal Dr Shafie Lugom.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia