Utusan Borneo (Sarawak)

KEMAS, MIS meterai MoA bagi pengurusan, pentadbira­n serta pengoperas­ian Tabika dan Taska Masjid di Sarawak

-

KUCHING: Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan Majlis Agama Islam Sarawak (MIS) semalam menandatan­gani Memorandum Perjanjian (MoA) bagi pengurusan, pentadbira­n serta pengoperas­ian Tabika dan Taska Masjid di negeri ini.

Menandatan­gani MoA itu bagi pihak KEMAS ialah Ketua Pengarahny­a Dato’ Amiruddin Ariffin, manakala MIS diwakili Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datu Haji Misnu bin Haji Taha.

Majlis berkenaan disaksikan oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan mewakili Ketua Menteri YAB Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg dan Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah YB Datuk Alexander Nanta Linggi mewakili Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob.

Majlis yang diadakan di Wisma Bapa Malaysia di sini bertujuan membolehka­n penyerahan sepenuhnya Pengurusan, Pentadbira­n dan Pengoperas­ian Tabika dan Taska Masjid oleh MIS kepada KEMAS, agensi di bawah Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).

Penyerahan itu juga bakal menyaksika­n nama Tadika dan Taska Masjid ditukar kepada Tabika KEMAS Masjid dan Taska PERMATA KEMAS Masjid.

Pada sidang media selepas majlis menandatan­gani MoA itu, Nanta berkata KEMAS sepenuhnya akan mengurus, mentadbir dan mengendali­kan pengoperas­ian Tabika dan Taska Masjid, tetapi secara aset ia kekal milik MIS.

“Tujuannya ialah membolehka­n penyeragam­an di peringkat prasekolah di tabika dan taska. Bagi KEMAS ini adalah peringkat permulaan tiga tabika dan 12 taska dan 26 orang guru tadika dan pengasuh taska untuk diuruskan oleh KEMAS.

“Ini adalah untuk membantu pengasuh, cikgu dan pemaju di Tabika dan Taska Masjid ini diserapkan dalam perkhidmat­an bertaraf diploma dan yang belum ada akan diberi peluang mendapat Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak,” jelasnya.

Beliau berkata, pengambila­lihan itu akan menyaksika­n segala bentuk pengurusan dan pengoperas­ian termasuk gaji di bawah tanggungja­wab KEMAS.

Ini, katanya, termasuk kos bahan pembelajar­an murid dianggarka­n RM100 setahun tidak termasuk subsidi makanan seperti dinikmati tabika KEMAS.

Sementara itu, Awang Tengah berkata, MoA itu langkah awal terpenting kerana ia akan meningkatk­an standard pendidikan awal kanak-kanak milik MIS dan pada masa sama tidak mengetepik­an ilmu agama.

Tambahnya, menyedari pendidikan awal perlu dibangun dalam usaha mewujudkan masyarakat yang mempunyai pendidikan, ini antara inisiatif yang dianggap penting.

Awang Tengah menambah, tanpa pendidikan asas pada peringkat awal lagi, usaha negara amnya dan Sarawak khasnya untuk melahirkan pelajar yang cemerlang akan terjejas.

“Kita menyambut baik MoA ini kerana KEMAS memang sudah lama menguruska­n taska dan tadika.

“Salah satu daripada perkara pokok untuk menjadi sebuah negeri dan negara berdaya saing ialah soal pendidikan kerana dapat melahirkan generasi baharu yang mempunyai keupayaan intelek yang tinggi,”katanya.

Pada masa sama, katanya, pendidikan di peringkat tabika dan taska perlu di- seimbangka­n dengan ilmu agama untuk menjadikan mereka modal insan yang cemerlang dalan ilmu duniawi dan agama.

Sejarah awal penubuhan KEMAS pada 1961 bertujuan membasmi buta huruf dalam kalangan masyarakat dewasa pada masa ini.

Manakala, fokus pendidikan awal kanak-kanak di KEMAS pula bermula pada 1971 dengan pengwujuda­n 10 kelas tabika dan 300 kanakkanak pada masa itu.

Kini pada 2017, KEMAS memiliki 11,229 kelas tabika dan 219,999 kanak-kanak di seluruh negara.

Hadir sama Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Datuk Fatimah Abdullah dan Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-kanak YB Rosey Haji Yunus dan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) KEMAS Ahmad Kamal Idris.

 ??  ?? TERMETRAI: Misnu (kiri) bertukar dokumen dengan Amiruddin yang disaksikan oleh Nanta (barisan belakang, tiga kanan) dan Awang Tengah (belakang, empat kanan).
TERMETRAI: Misnu (kiri) bertukar dokumen dengan Amiruddin yang disaksikan oleh Nanta (barisan belakang, tiga kanan) dan Awang Tengah (belakang, empat kanan).
 ??  ?? DITANDATAN­GANI: Misnu (dua kiri) dan Amiruddin (dua kanan) menandatan­gani dokumen MoA bagi pengurusan, pentadbira­n serta pengoperas­ian Tabika dan Taska Masjid di Sarawak oleh KEMAS.
DITANDATAN­GANI: Misnu (dua kiri) dan Amiruddin (dua kanan) menandatan­gani dokumen MoA bagi pengurusan, pentadbira­n serta pengoperas­ian Tabika dan Taska Masjid di Sarawak oleh KEMAS.
 ??  ?? UNTUK ALBUM: Awang Tengah (enam kanan) dan Nanta (lima kanan) merakam kenangan bersama tetamu kehormat lain selepas selesai majlis menantanga­ni MoA antara KEMAS dan MIS.
UNTUK ALBUM: Awang Tengah (enam kanan) dan Nanta (lima kanan) merakam kenangan bersama tetamu kehormat lain selepas selesai majlis menantanga­ni MoA antara KEMAS dan MIS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia