Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan sasar tingkatkan tenaga kerja mahir

Sasar tingkat 28 peratus kepada 35 peratus menjelang 2020

- Oleh Siti Aisyah Ramli

KUCHING: Kerajaan menyasar meningkatk­an kadar tenaga kerja mahir daripada 28 peratus kepada 35 peratus menjelang 2020, kata Menteri Muda Utiliti (Elektrik Luar Bandar) Dr Abdul Rahman Junaidi.

Malah, katanya kerajaan negeri juga mahu terus menyediaka­n peluang yang lebih baik kepada generasi muda kerana 60 peratus daripada jumlah seramai 1.3 juta tenaga kerja di negeri ini adalah terdiri daripada golongan muda.

Untuk itu, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai itu, institusi pengajian tinggi (IPT) perlu memainkan peranan penting dalam usaha melahirkan graduan berkemahir­an dalam bidang teknikal, khasnya.

“Pada masa sama, IPT termasuk institusi politeknik juga hendaklah melahirkan modal insan berkualiti tinggi bagi me- nampung tenaga kerja mahir sekali gus memenuhi keperluan pembanguna­n negara hari ini dan masa depan.

“Dengan ini juga, kita pasti akan dapat mengurangk­an kebergantu­ngan negara kepada tenaga kerja asing pada masa depan,” katanya.

Beliau berkata demikian ke-

Pada masa sama, IPT termasuk institusi politeknik juga hendaklah melahirkan modal insan berkualiti tinggi bagi menampung tenaga kerja mahir sekali gus memenuhi keperluan pembanguna­n negara hari ini dan masa depan. Dr Abdul Rahman Junaidi. Menteri Muda Utiliti (Elektrik Luar Bandar)

tika berucap pada Majlis Konvokesye­n Politeknik Kuching Sarawak (PKS) Sidang Keempat di Politeknik Kuching, di sini semalam.

Dalam pada itu, Dr Abdul Rahman berkata, PKS juga harus terus menonjolka­n kehebatan dan keistimewa­an dengan memikirkan strategi baharu dalam menghasilk­an sesuatu untuk mencapai status IPT cemerlang dan menjadi pilihan utama.

“Seperti yang dapat diperhatik­an di kebanyakan IPTA, IPTS dan kolej-kolej di negeri ini, mereka banyak menawarkan kursus atau program pengajian yang hampir sama dan sudah pasti ini akan menimbulka­n persaingan sengit dalam usaha menonjolka­n kehebatan dan kecemerlan­gan institusi masing-masing.

“Maka saya berharap di samping mengekalka­n strategi dan pendekatan sedia ada, pengurusan akademik PKS boleh meningkatk­an kekuatan yang ada bagi menggemble­ng peluang daripada hasil hubungan dan kerjasama baik menerusi kerjasama dan kolaborati­f dengan pihak kerajaan mahupun swasta,” jelasnya.

Sementara itu, Pengarah PKS Leftenan Kolonel Bersekutu (PA) Kamaludin Daud berkata, PKS telah mengambil langkah jangka panjang yang proaktif bagi membolehka­n institusi tersebut kekal relevan dan setaraf dengan institusi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) lain yang ada di negeri ini.

Jelasnya, PKS juga menjalin kerjasama dengan pihak luar seperti syarikat-syarikat tempatan dalam usaha menjadikan aktiviti pengajaran dan pembelajar­an lebih berkesan dan seiring dengan kehendak industri.

Mengenai Majlis Konvokesye­n Politeknik Kuching Ke-25 itu, seramai 1,419 graduan PKS berjaya menamatkan pengajian bagi sesi Disember 2015 dan Jun 2016 dan menerima diploma masing-masing.

Daripada jumlah tersebut, seramai 306 graduan merupakan lulusan Jabatan Perdaganga­n, 279 graduan merupakan lulusan Jabatan Kejurutera­an Awam, 131 Kejurutera­an Elektrik manakala 287 lulusan Kejurutera­an Mekanikal, 204 lagi lulusan Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta 212 lulusan Kejurutera­an Petrokimia.

 ??  ?? TAHNIAH: Dr Abdul Rahman menyampaik­an sijil diploma kepada Izza Nadzira Abu Bakar daripada Jabatan Kejurutera­an Awam pada Majlis Konvokesye­n PKS Sidang Keempat, di Kuching, semalam.
TAHNIAH: Dr Abdul Rahman menyampaik­an sijil diploma kepada Izza Nadzira Abu Bakar daripada Jabatan Kejurutera­an Awam pada Majlis Konvokesye­n PKS Sidang Keempat, di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia