Utusan Borneo (Sarawak)

MAQIS Labuan rampas kontena berisi 11,700kg ikan sejuk beku

-

LABUAN: Jabatan Perkhidmat­an Kuarantin dan Pemeriksaa­n Malaysia (MAQIS) merampas sebuah kontena berisi 11,700 kilogram (kg) ikan sejuk beku, dipercayai diimport secara haram dari Vietnam.

Pengarah MAQIS Labuan Nazrul Azman Mat Rahim berkata kontena yang mengandung­i ikan tilapia sebanyak 2,000kg dan ikan patin seberat 9,700kg bernilai RM66,600.11 ditahan pada jam 2.30 petang pada 25 Julai lepas di Pelabuhan Labuan Liberty.

“Berdasarka­n siasatan kami, pengimport telah melanggar Peraturan-Peraturan dan Akta Perkhidmat­an Kuarantin dan Pemeriksaa­n Malaysia 2011 (Akta 728),” katanya kepada Bernama selepas melakukan pemeriksaa­n di pelabuhan itu di sini kelmarin.

Beliau berkata kontena berukuran 20 kaki itu ditemui berdasarka­n usaha risikan di pintu masuk Pelabuhan Labuan Liberty.

Katanya pengimport telah melanggar permit import yang merupakan kesalahan di bawah Seksyen 11( 1) akta berkenaan yang boleh didenda tidak lebih daripada RM100,000 atau tidak lebih daripada enam tahun penjara atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Nazrul Azman berkata se- jak 2015, sebanyak tujuh kes direkodkan dengan enam kes telah diselesaik­an yang mana pengimport terbabit telah dikompaun.

“Kami tidak akan bertolak ansur dengan apa-apa salah laku oleh pengimport khususnya kes yang melibatkan permit import, penguatkua­saan kami juga memfokuska­n kepada kontena yang menyimpan daging sejuk beku halal dan tidak halal bersamasam­a.

“Kami turut berterima kasih dengan Labuan Liberty Port Management Sdn Bhd (pengendali pelabuhan Labuan) atas kerjasama rapat yang diberikan,” katanya. — Bernama TELUK INTAN: Seorang pengurus ladang yang sebelum ini berdepan pertuduhan memperdaga­ngkan 15 individu sebagai buruh paksa, dihadapkan di Mahkamah Sesyen, di sini atas pertuduhan menculik dan menyembuny­ikan dua individu yang merupakan saksi kes berkenaan pada hujung Mac lalu.

Tertuduh L. Ganis, 43, berasal dari Bahau, Negeri Sembilan, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan ke atasnya dalam bahasa Tamil oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Norita Mohd Ardani.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa melakukan penculikan dan mengurung secara salah pasangan suami isteri, P.Sundaram, 37, dan K. Shanti, 41, di hadapan kedai runcit Sri Vathi di Pengkalan Hulu, Hulu Perak, kira-kira 3 petang, hujung Mac lalu.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum di bawah Seksyen 365 Kanun Keseksaan yang diperuntuk­kan penjara sehingga tujuh tahun dan boleh dikenakan denda.

Tertuduh juga didakwa telah menyembuny­ikan kedua- dua mangsa di sebuah rumah kongsi di Ladang Kalvi FELDA Bukit Besout 1, Sungkai, bagi mengelakka­n mereka memberi keterangan terhadap tertuduh bagi kesalahann­ya di bawah Akta Antipemerd­agangan Orang dan Antipenyel­udupan Migran (ATIPSOM) 2007.

Perbuatan itu didakwa dilakukan antara JAM 3 hingga 4 petang, hujung Mac lalu, di tempat yang sama.

Bagi kesalahan itu, tertuduh boleh dihukum di bawah Seksyen 201 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan penjara sehingga tiga tahun dan boleh dikenakan denda.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Suffian Jaafar meminta mahkamah supaya tidak menawarkan sebarang ikat jamin ke atas Ganis kerana bimbang tertuduh ada kecenderun­gan mengganggu mangsa dan keluargany­a.

Tertuduh diwakili peguam bela S.Muthuveera­n.

Norita kemudian memutuskan tidak membenarka­n tertuduh diikat jamin dan kes disebut semula pada 11 Sept. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? CUBA LARI: Anggota Penguat Kuasa Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kubang Pasu menahan seorang penagih yang cuba melarikan diri melalui sungai ketika serbuan di sarang penagih di sekitar daerah Kubang Pasu, Jitra, semalam.
— Gambar Bernama CUBA LARI: Anggota Penguat Kuasa Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kubang Pasu menahan seorang penagih yang cuba melarikan diri melalui sungai ketika serbuan di sarang penagih di sekitar daerah Kubang Pasu, Jitra, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia