Utusan Borneo (Sarawak)

‘Datuk’ tipu penganuger­ahan pingat ditahan

Setiap mangsa diminta bayar RM5,000 untuk menjadi anggota sekali gus mendapat pingat PSRN

-

ALOR SETAR: Polis menahan seorang lelaki bergelar ‘Datuk’ yang terlibat dalam kes penipuan penganuger­ahan pingat dengan mengaitkan nama kerabat diraja sebuah negeri dalam majlis yang berlangsun­g di sebuah hotel dekat sini tengah hari kelmarin.

Ketua Polis Kedah Datuk Asri Yusoff berkata, polis menerima maklumat mengenai majlis penyampaia­n anugerah pingat yang dianjurkan sebuah persatuan negeri itu pada jam 9.30 tengah hari sebelum menahan suspek

Persatuan terbabit memang berdaftar menerusi Jabatan Pendaftara­n Pertubuhan (ROS), namun sebuah persatuan tidak boleh menganuger­ahkan pingat yang menyerupai pingat istana kepada orang ramai.

berusia 50-an itu pada 1.30 petang.

“Penipuan tersebut disyaki dilakukan dengan cara mengaitkan nama kerabat diraja sebuah negeri...iaitu kononnya kerabat diraja ini memberi restu ke atas penganuger­ahan pingat tersebut. Tapi negeri mana kita tak boleh sebutlah,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kedah di sini semalam.

Majlis yang bermula pada jam 8 pagi dan berakhir 12 tengah hari itu dihadiri kira-kira 200 tetamu serta melibatkan 95 penerima pingat yang terdiri daripada beberapa kenamaan dan pesara kerajaan yang berusia 30 hingga 50-an dari pelbagai negeri.

“Majlis disempurna­kan seorang kenamaan yang diarahkan hadir untuk menyampaik­an pingat tersebut bagi pihak abangnya…tapi dia pun tidak tahu apa-apa mengenai penipuan pingat ini,” katanya

Asri berkata, mangsa yang diperdaya dan ditipu itu, ‘dikurniaka­n’ pingat Ahli Kehormat Pingat Setia Raja Negara (PSRN) oleh persatuan terbabit dan setiap daripada mereka diminta membayar RM5,000 sebagai bayaran untuk menjadi anggota dan sekali gus mendapat pingat tersebut.

“Persatuan terbabit memang berdaftar menerusi Jabatan Pendaftara­n Pertubuhan (ROS), namun sebuah persatuan tidak boleh menganuger­ahkan pingat yang menyerupai pingat istana kepada orang ramai,” katanya.

Polis turut merampas latar belakang majlis penganuger­ahan pingat bersaiz 20x20, lima plak cenderahat­i anggota persatuan, satu piala cenderahat­i persatuan, 65 selempang dan 66 pingat.

Ditanya mengenai signifikan penganuger­ahan pingat itu, Asri berkata ia lebih sebagai satu keistimewa­an kepada penerima pingat untuk mendapatka­n apa-apa projek atau tender yang dikeluarka­n kerajaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan (menyamar dengan tujuan menipu) yang membawa hukuman penjara boleh sampai tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Polis sedang dalam proses untuk mendapatka­n reman ke atas suspek semalam dan turut meminta manamana individu yang mempunyai maklumat berkaitan penganuger­ahan pingat tersebut agar menghubung­i pegawai penyiasat di talian 0135882930. — Bernama

Datuk Asri Yusoff Ketua Polis Kedah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia