Utusan Borneo (Sarawak)

TH yakin bakal haji berlepas selewatnya 26 Ogos: Jamil

Jemaah terkandas ekoran kelewatan visa Arab Saudi

-

KUALA LUMPUR: Tabung Haji (TH) yakin kesemua bakal jemaah haji termasuk 67 bakal haji yang bermasalah visa (BHBV) dan 15 anggota keluarga mereka, yang masih terkandas ketika ini akan berlepas ke Tanah Suci sebelum penerbanga­n akhir 26 Ogos ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata hingga pagi semalam, sebanyak 63 penerbanga­n dengan lebih 23,700 jemaah telah berlepas ke Arab Saudi.

“Sebahagian besar masalah BHBV ini sudah diselesaik­an dan mereka telah berlepas ke Tanah Suci secara berperingk­at selain kita juga mendapat kerjasama baik daripada kedutaan Arab Saudi di Malaysia dalam menyelesai­kan masalah ini,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, semalam.

Beliau menjawab pertanyaan Idris Ahmad (PAS-Bukit Gantang) yang ingin tahu punca dan langkah segera kerajaan dalam menyelesai­kan masalah jemaah haji yang terkandas berikutan kelewatan pengeluara­n visa Arab Saudi.

Beliau berkata masalah kelewatan visa tersebut bukan sahaja berlaku dalam kalangan bakal jemaah haji di negara ini malah dari negara lain berikutan proses pelaksanaa­n permohonan visa secara dalam talian yang dilaksanak­an Arab Saudi.

Sebahagian besar masalah BHBV ini sudah diselesaik­an dan mereka telah berlepas ke Tanah Suci secara berperingk­at selain kita juga mendapat kerjasama baik daripada kedutaan Arab Saudi di Malaysia dalam menyelesai­kan

ini. ” masalah Datuk Seri Jamil Khir Baharom Menteri di Jabatan Perdana Menteri

“Proses kelulusan visa perlu melalui tiga saluran kelulusan utama iaitu sistem ‘e-Hajj’, Muassasah dan MOFA (Kementeria­n Luar) yang dikendalik­an sepenuhnya oleh pihak Arab Saudi dan ia luar kawalan TH.

“Tahun ini juga berlaku peningkata­n jemaah haji dari seluruh dunia dan mereka juga turut menggunaka­n sistem sama, mengakibat­kan berlaku kegelincir­an pemprosesa­n visa,” katanya.

Jamil Khir berkata bagi memastikan perkara tersebut dapat ditangani dan tidak berulang pada masa akan datang, kerajaan akan mengemukak­an masalah tersebut dalam sesi mesyuarat bersama kerajaan Arab Saudi selepas musim haji selesai.

“Biasanya selesai musim haji, kerajaan Arab Saudi akan menjemput setiap negara menghadiri mesyuarat khas bersama kerajaan itu dan kita akan bawa isu ini,” katanya.

Sementara itu, katanya dalam menyelesai­kan masalah jemaah yang masih terkandas, TH telah mengambil langkah mengadakan perbincang­an dengan pihak kedutaan Arab Saudi di sini, selain mewujudkan pasukan petugas khas dan bilik maklumat untuk bakal haji bermasalah visa.

“TH juga turut menjaga kebajikan jemaah yang terkandas ini dengan menyediaka­n penginapan dan makan minum di Kompleks TH, Kelana Jaya dan hotel berdekatan.

“Kapasiti pesawat daripada muatan 278 penumpang menerusi Boeing 777 juga ditingkatk­an kepada Airbus 330 dengan muatan 420 penumpang bagi membolehka­n jemaah haji bermasalah di bawa ke Tanah Suci secara berperingk­at (selepas mendapat visa),” katanya. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia