Utusan Borneo (Sarawak)

Hiasi kereta dengan 100 helai bendera Jalur Gemilang

-

IPOH: Gelagat seorang lelaki yang menghiasi kenderaann­ya dengan hampir 100 helai Jalur Gemilang sering mendapat perhatian penduduk dan pengguna jalan raya, di sekitar bandar raya Ipoh, di sini.

Taza Alang Rahim, 55, yang mengusahak­an sebuah kedai makan di Jalan Tasek, di sini, sanggup membelanja­kan kira- kira RM1,000 untuk membeli Jalur Gemilang dan besi penyangkut bendera yang dipasang pada kereta Proton Saga Aerobackny­a berusia lebih 20 tahun.

Beliau berkata sejak belasan tahun lagi beliau suka memasang bendera Jalur Gemilang, dulu pada basikalnya, dan kini pada di kenderaann­ya. Malah sejak empat tahun lalu Jalur Gemilang yang dipasang, tidak pernah ditanggalk­annya.

“Apabila saya memandu kereta ini keliling bandar raya Ipoh setiap hujung minggu, sama ada ketika memandu atau semasa berhenti di lampu isyarat, orang ramai tidak kira penunggang motosikal atau pemandu lori, akan mengambil gambar kereta ini.

“Tidak ramai yang menghias kereta dengan bilangan bendera begitu banyak, malah saya pernah dituduh kurang siuman kerana memasang banyak bendera pada kereta tetapi sedikit pun saya tidak kisah dan berkecil hati,” katanya ketika ditemui Bernama di sini semalam.

Bapa kepada dua anak itu berkata beliau tidak kisah mengeluark­an belanja untuk menghiasi kenderaann­ya itu dan akan membeli yang baharu apabila ada bendera yang koyak atau sudah lusuh.

“Saya hias Jalur Gemilang pada kereta ini bukan hendak menunjuk- nunjuk tetapi kerana semangat patriotik, sayang serta cintakan negara selain ia merupakan hobi dan minat memasang bendera sama ada pada kenderaan atau di halaman rumah.

“Saya sebagai rakyat Malaysia berasa bangga dapat mengibarka­n Jalur Gemilang setiap kali saya memandu mengelilin­gi bandar raya Ipoh walaupun bukan pada Bulan Kemerdekaa­n.

“Ini kerana apa yang saya lakukan ini tidak seberapa berbanding pemimpin terdahulu yang berusaha keras untuk mendapatka­n kemerdekaa­n sehinggaka­n kita bebas daripada penjajah dan kini kita rakyat Malaysia dapat hidup dengan aman dan harmoni,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SEMANGAT KEMERDEKAA­N: Taza membetulka­n bendera yang dipasang pada kenderaann­nya ketika ditemui Bernama semalam.
— Gambar Bernama SEMANGAT KEMERDEKAA­N: Taza membetulka­n bendera yang dipasang pada kenderaann­nya ketika ditemui Bernama semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia