Utusan Borneo (Sarawak)

Anmum Malaysia perkenal kempen ‘Grow Amazing’ didik ibu bapa tentang tumbesaran otak

-

MIRI: Mungkin anda dapat melihat anak-anak anda semakin membesar dan kuat, tapi pernahkah anda terfikir sama ada otak mereka juga berkembang dengan baik?

Ini kerana berbanding dengan pertumbuha­n fizikal, tumbesaran otak agak sukar untuk diperhatik­an.

“Sebagai ibu bapa, kita sentiasa inginkan yang terbaik untuk anak-anak, oleh itu adalah amat penting untuk memahami tumbesaran otak kanak- kanak,” kata Irene Cheah, Pengurus Pemasaran Anmum Malaysia.

“Justeru itu, Anmum ingin memperkena­lkan ‘Grow Amazing’, satu inisiatif baharu berunsur pendidikan untuk membantu ibu bapa memahami proses tumbesaran otak dan perkara yang dapat menyokong perkembang­an otak si manja,” katanya.

Ramai yang tidak mengetahui bahawa sel otak mula terbentuk sekitar hari ke-28 kehamilan dan setelah bayi dilahirkan, terdapat lebih kurang 100 bilion sel-sel otak yang sedang berfungsi. Selain daripada jumlah sel-sel otak, jumlah perhubunga­n antara sel- sel tersebut juga amat penting.

Di peringkat awal usia kanak- kanak, hubunganhu­bungan sel- sel otak berkembang dengan pesat – setiap satu sel otak berupaya membentuk 2,500 perhubunga­n sel-sel dengan sel otak yang lain setelah si manja dilahirkan. Apabila mencapai usia dua atau tiga tahun, hubungan sel-sel otak ini mungkin telah berganda sebanyak enam kali.

“Perhubunga­n ini, yang juga dikenali sebagai synapse, adalah cara sel- sel otak berkomunik­asi antara satu sama lain. Pengalaman awal dan persekitar­an luaran merangsang pembentuka­n hubungan sel-sel otak. Semakin banyak rangsangan dari persekitar­an luaran, semakin banyak perhubunga­n akan terbentuk,” jelas Wendy Goh, Pengurus Saintifik dan Nutrisi Fonterra Brands Malaysia.

“Perhubunga­n antara selsel otak ini penting kerana ia menyokong pembelajar­an, memori dan keupayaan kognitif yang lain. Aktiviti perangsang dan nutrisi yang sesuai seperti DHA dan Gangliosid­a (GA) amat penting dalam tumbesaran otak,” tambah beliau.

DHA dan Gangliosid­a (GA) terdapat dalam otak dan memainkan peranan penting dalam tumbesaran otak. DHA membantu dalam pembentuka­n sel- sel otak dan Gangliosid­a menyokong pembentuka­n hubungan sel- sel otak. Tumbesaran otak yang pesat semasa tiga tahun pertama amat penting dan ia boleh mempengaru­hi perkembang­an kanak-kanak dari segi emosi, sosial dan kognitif.

Namun begitu, kajian menunjukka­n satu daripada empat kanak- kanak di Malaysia mengambil GA 40 peratus lebih rendah daripada purata pengambila­n GA dalam sehari.

Selain daripada makanan berasaskan ternakan seperti daging dan telur, pengambila­n GA boleh dipertingk­atkan dengan susu dan produk tenusu. Anmum™ Essential dirumus dengan DHA dan Nuelipid untuk paras GA yang lebih tinggi dan tanpa gula tambahan.

Anmum™ Essential juga mengandung­i prebiotik FOS dan Inulin. Persekitar­an usus yang baik adalah penting untuk penyerapan nutrien yang efektif.Selain itu, Anmum™Essential juga mengandung­i vitamin dan mineral yang penting untuk membantu tumbesaran kanak-kanak.

Ketahui cara untuk menyokong tumbesaran otak si manja anda dengan kempen Grow Amazing dan pelajari Fakta Menarik tentang otak kanak-kanak dengan melayari laman: www.anmum. com/my/en/happenings/latest-campaign/amazing-factsabout-the-brain.html.

Dapatkan Anmum™ Essential di pasar raya berdekatan anda.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia