Utusan Borneo (Sarawak)

PAC mahu pelaksanaa­n sistem ICT pengurusan ubat dipercepat

-

KUALA LUMPUR: Jawatankua­sa Kira- kira Wang Negara (PAC) mengesyork­an Kementeria­n Kesihatan mempercepa­tkan pelaksanaa­n sistem teknologi maklumat yang dibangunka­n bagi memastikan pengurusan bekalan ubat lebih cekap di klinik kesihatan di bawah kementeria­n itu.

Pengerusi PAC Datuk Seri Hasan Arifin berkata jawa- tankuasa itu turut mengesyork­an kementeria­n berkenaan meningkatk­an publisiti dan kesedaran dalam kalangan rakyat bagi mengelak pembaziran ubat.

“PAC Parlimen meminta supaya Kementeria­n Kesihatan mengambil tindakan dengan Jabatan Audit Negara (JAN) untuk mengisi kekosongan jawatan di Bahagian Audit Dalaman ke- menterian bagi mengukuhka­n kawalan dalaman dan pengurusan perolehan ubat.

“Peraturan dan prosedur kewangan perlu sentiasa dipatuhi terutama dalam aspek perolehan, pentadbira­n kontrak dan pengurusan bayaran serta meningkatk­an aspek pemantauan prestasi pembekal,” katanya dalam kenyataan hari ini.

PAC membentang­kan lapo- rannya berhubung Pengurusan Bekalan Ubat Di Klinik Kesihatan di bawah Kementeria­n Kesihatan di Dewan Rakyat semalam.

Hasan berkata isu itu dibangkitk­an dalam pembentang­an Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2015 Siri 2 yang dibentangk­an di Dewan Rakyat pada 21 Nov tahun lepas.

Berikutan laporan audit itu, beliau berkata PAC telah memulakan prosiding untuk isu berkenaan pada 7 Dis lepas dengan memanggil Ketua Setiausaha Kementeria­n Kesihatan Datuk Seri Dr Chen Chaw Min dan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah bagi memberikan penjelasan.

Katanya dalam prosiding berkenaan, PAC telah mem- bangkitkan isu seperti ubat lewat dibekalkan dan penguatkua­saan selain denda dan penyimpana­n stok ubat.

“Berdasarka­n kenyataan daripada saksi- saksi yang dipanggil memberikan keterangan di hadapan PAC Parlimen, jawatankua­sa ini sebulat suara merumuskan bahawa jawatankua­sa ini, berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan Kementeria­n Kesihatan terutama bagi aspek penambahba­ikan dalam penyimpana­n stok ubat serta kawalan dalaman untuk perolehan ubat,” katanya.

Beliau berkata syor-syor yang dicadangka­n PAC adalah bagi penambahba­ikan pengurusan bekalan ubat di klinik kesihatan kementeria­n itu pada masa akan datang. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia