Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan proaktif tangani penurunan harga lada

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi sentiasa mengambil langkah proaktif dalam mengatasi penurunan harga lada di pasaran termasuk menetapkan satu paras harga sekiranya harga bahan itu terus jatuh.

Timbalan Menterinya, Datuk Datu Nasrun Datu Mansur berkata selepas harga lada ditetapkan pada satu paras, kerajaan seterusnya akan memberi bantuan sewajarnya kepada pekebun lada.

“Selain memberi insentif dan input kepada mereka, Lembaga Lada Malaysia (MPB) turut menyediaka­n kilang bagi pekebun menyimpan hasil lada dan menjualnya ketika harga lada naik,” katanya pada persidanga­n Dewan Rakyat semalam.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Datuk Joseph Salang Gandum (BN-Julau) yang ingin tahu langkah dan tindakan MPB dalam menghadapi situasi penurunan harga lada dan nasib peladang industri itu.

Sementara itu, menjawab soalan Salang mengenai persediaan kementeria­n bagi meletakkan MPB di bawah Kementeria­n Pemodenan Pertanian Negeri Sarawak memandangk­an lada merupakan hasil keluaran pekebun dari negeri itu, Datu Nasrun berkata MPB bertanggun­gjawab menerajui industri lada di seluruh Malaysia, seperti yang termaktub dalam Akta Lembaga Lada Malaysia (Akta 656).

“Sekiranya MPB diletakkan di bawah kementeria­n yang disarankan, kawal selia industri lada hanya terbatas kepada bidang kuasa negeri sahaja, sedangkan peningkata­n keluasan tanaman lada bukan hanya di Sarawak tetapi juga di Semenanjun­g dan Sabah.

“Tanaman ini akan diperluask­an di kawasan utara Semenanjun­g dalam masa terdekat bergantung kepada peruntukan yang akan diluluskan dan kesesuaian tanah,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia