Utusan Borneo (Sarawak)

Puas lihat Selendang mudah bergerak: Pengerusi EXIM Bank

-

TEMERLOH: Pengerusi Eksport-Import Bank Malaysia (EXIM Bank) Datuk Mat Noor Rawi tidak dapat menyembuny­ikan riak gembira apabila bertemu dengan ‘ Selendang’, gajah betina berusia 12 tahun yang merupakan penghuni Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah di sini.

Sesekali Mat Noor melirik ke arah kaki kiri Selendang, dan semacam terbit rasa puas apabila melihat kaki palsu sumbangan bank itu yang bernilai RM9,000 benar-benar membantu mamalia itu bergerak, selepas kehilangan sebahagian kakinya pada usia dua tahun.

“Ini kali pertama kami bertemu. Saya gembira melihat Selendang boleh bergerak dengan mudah dan bahasa tubuhnya menunjukka­n kaki palsu sumbangan kami benar- benar serasi dengan Selendang. Rasa gembira mengetahui niat kami mencapai sasaran.

“Kami akan terus meninjau perkembang­an Selendang kerana sudah pasti kaki palsu ini perlu diganti baharu seiring dengan pertambaha­n berat badannya,” katanya kepada Bernama semasa ditemui di PKGK di sini, semalam.

Selendang atau juga dikenali sebagai Miss Tripod di pusat itu, mengalami kecacatan kekal selepas terpijak dawai pemburu haram di FELDA Selendang 3, Rompin, dekat sini 10 tahun lepas.

Haiwan malang itu ‘menerima’ kaki palsu pertamanya pada tahun 2012 dan setakat ini, telah menggunaka­n enam kaki palsu kerana ia perlu ditukar memandangk­an ka- dar pertumbuha­n badannya yang cepat.

Mat Noor menambah selain kaki palsu Selendang, EXIM Bank juga menaja kerja menaik taraf ‘ rupa’ pusat informasi PKGK yang disifatkan­nya sebagai ‘tepat pada masanya’ kerana bakal meraikan Hari Gajah Sedunia pada Sabtu ini.

“Kami juga mengambil inisiatif untuk mence- tak 20,000 keping risalah berkaitan pusat ini dan maklumat asas gajah dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris kerana kunjungan dahulu mendapati risalah hanya disediakan dalam satu bahasa sahaja.

“Sedangkan pusat ini juga banyak menerima kunjungan pelancong luar negara dan sudah pasti lebih baik jika mereka juga boleh memahami maklumat yang disampaika­n menerusi risalah dengan reka letak yang menarik,” katanya.

Mat Noor menambah penglibata­n EXIM Bank merupakan sebahagian daripada tanggungja­wab sosial korporat (CSR) mereka, kerana pelaksanaa­n tanggungja­wab itu boleh diperluask­an kepada kebajikan haiwan.

Beliau juga tidak menolak kemungkina­n EXIM Bank akan menjalin kerjasama dengan pusat konservasi haiwan lain dalam CSR sebagai tanda sokongan kepada usaha melindungi haiwan liar atau spesies yang terancam.

“Ini juga sebahagian daripada usaha kami untuk memastikan generasi masa depan mengetahui dan mengenali haiwan ini yang mungkin hanya tinggal nama jika tiada tindakan sewajarnya dilakukan untuk memulihara­nya,” katanya.

Selain itu, sempena sambutan Hari Gajah Sedunia Sabtu ini, PKGK menganjurk­an pelbagai program menarik seperti pertanding­an mewarna, kenduri gajah, mencari harta karun, ‘elephant talks’ dan pertanding­an fotografi menggunaka­n telefon pintar secara percuma. — Bernama KUALA TERENGGANU: Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) menafikan laporan sebuah portal akhbar berbahasa Inggeris kononnya dua daripada tiga mangsa buli sebuah kolej vokasional di sini telah dipaksa melakukan seks oral oleh pelajar senior, Selasa lepas.

Pengarahny­a, Shafruddin Ali Hussain berkata hasil siasatan mendapati perkara itu tidak berlaku sama sekali dan ianya telah dinafikan oleh tiga mangsa buli terbabit.

“Kita telah bertanyaka­n perkara itu kepada mangsa di Hospital Sultanah Nur Zahirah dan mereka mengakui tidak wujud perkara itu (arahan melakukan seks oral).

“Jadi, jabatan berharap akhbar berbahasa Inggeris itu membuat ralat, menarik balik laporan dan membuat permohonan maaf kepada pihak sekolah dan mangsa kerana ia memberi imej yang negatif dan akan merisaukan ibu bapa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis perasmian Hari Koperasi Negara 2017 Peringkat Negeri Terengganu di sini, semalam.

Shafruddin berkata beliau difahamkan maklumat tidak betul itu diperoleh daripada kawan mangsa dan bukannya daripada percakapan mangsa sendiri.

“Kita terkilan dengan laporan itu. Untuk jabatan, cukup sekadar mereka meminta maaf namun jika ibu bapa mahu mengambil tindakan, itu terpulang kepada mereka,” katanya.

Semalam, seramai 15 pelajar kolej vokasional itu ditahan reman selama empat hari sehingga Sabtu ini bagi membantu siasatan berhubung kes buli membabitka­n tiga pelajar di kolej berkenaan.

Kesemua pelajar terbabit disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh selepas dipercayai terlibat membuli tiga pelajar tahun satu dan dua di kolej berkenaan dalam tiga kejadian dengan yang terkini pada awal pagi Selasa lepas. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? JINAK: Mat Noor (kiri) memberi makanan kepada gajah sebagai tanggungja­wab sosial karporat (CSR) di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah sempena Hari Gajah Sedunia di Temerloh semalam.
— Gambar Bernama JINAK: Mat Noor (kiri) memberi makanan kepada gajah sebagai tanggungja­wab sosial karporat (CSR) di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah sempena Hari Gajah Sedunia di Temerloh semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia