Utusan Borneo (Sarawak)

SPR nafi terlibat terbit klip video berunsur hasutan Cenderung timbulkan kebencian kepada pihak tertentu

-

PUTRAJAYA: Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) semalam menafikan penglibata­nnya dalam penerbitan sebuah klip video berkaitan kempen daftar pemilih untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang disifatkan berunsur hasutan.

Pengerusin­ya Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata perkara itu berpunca daripada tindakan produksi terbabit yang menggunaka­n logo dan alamat laman web SPR pada akhir video, sekali gus menimbulka­n kekeliruan dalam kalangan orang ramai.

Sehubungan itu, beliau berkata SPR tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang- undang sekiranya logo badan berkenaan disalah guna tanpa kebenaran dengan tujuan untuk mengeliruk­an rakyat dan boleh menjejaska­n imejnya.

“SPR memberi amaran kepada pihak terbabit agar tidak sewenang-wenangnya menggunaka­n logo badan ini untuk tujuan mana-mana produksi atau kempen tanpa kebenaran daripada badan ini,” katanya dalam kenyataan, di sini semalam.

Menurutnya klip video berdurasi 1 minit 40 saat dalam bahasa Mandarin yang tular di media sosial itu membawa kecenderun­gan berunsur hasutan dan menimbulka­n kebencian kepada pihak tertentu melalui kuasa undi mereka.

Mohd Hashim berkata klip video itu turut memaparkan isu-isu yang menjadi kontrovers­i masa kini seperti 1Malaysia Developmen­t Berhad, Malaysian official 1 serta Cukai Barang dan Perkhidmat­an.

Ekoran daripada penyebaran klip video ini, SPR menerima banyak aduan daripada orang ramai, katanya. — Bernama

SPR memberi amaran kepada pihak terbabit agar tidak sewenang-wenangnya menggunaka­n logo badan ini untuk tujuan mana-mana produksi atau kempen tanpa kebenaran daripada badan ini. Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah Pengerusi SPR

 ?? — Gambar Bernama ?? JAMBORI: Mahadzir (tengah) bergambar bersama anggota pengakap dari dalam dan luar negara pada Majlis Perasmian Jambori Pengakap Negeri Kedah di Bukit Kayu Hitam semalam.
— Gambar Bernama JAMBORI: Mahadzir (tengah) bergambar bersama anggota pengakap dari dalam dan luar negara pada Majlis Perasmian Jambori Pengakap Negeri Kedah di Bukit Kayu Hitam semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia