Utusan Borneo (Sarawak)

Mustahil IRDA kenakan caj perundinga­n Projek Sungai Segget RM20 juta

-

JOHOR BAHRU: Peruntukan untuk Projek Sungai Segget di Jalan Wong Ah Fook di sini dikeluarka­n oleh kerajaan persekutua­n, justeru adalah mustahil bagi Pihak Berkuasa Wilayah Pembanguna­n Iskandar (IRDA) mengenakan caj perundinga­n sebanyak RM20 juta atau 30 peratus.

Ketua Jabatan Projek dan Pengurusan Program IRDA Mohd Zam Mustaman berkata IRDA hanya bertindak sebagai badan pelaksana dan segala perbelanja­an dikawal sepenuhnya oleh Kementeria­n Kewangan.

“Jadi, terdapat banyak prosedur dan polisi yang perlu kita patuhi dalam menjalanka­n apa jua urusan termasuk dalam urusan pemberian tender.

“Sekarang ini, apa yang IRDA akan lakukan ialah membuat penyenarai­an tender dahulu, barulah kita boleh membuat anggaran sebenar kos projek ini,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan taklimat bersama media mengenai Fasa 3 Projek Sungai Segget di Pejabat IRDA di sini semalam.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan Ahli Parlimen Pulai Datuk Nur Jazlan Mohamed mengenai kos perundinga­n kerja-kerja landskap Projek Sungai Segget yang dikatakan terlalu tinggi atau tidak munasabah iaitu RM20 juta daripada nilai pembanguna­n keseluruha­n RM57 juta.

Mengenai isu kontraktor pula, beliau berkata IRDA sememangny­a memberikan keutamaan kepada kontraktor dan konsultan tempatan untuk terlibat dalam projek berkenaan kerana ia satu daripada syarat yang telah ditetapkan oleh prosedur dan polisi.

Dalam pada itu, Ketua Jabatan Perancanga­n dan Pematuhan IRDA Maimunah Jaffar berkata Fasa 3 Projek Sungai Segget adalah berkaitan kerja-kerja landskap yang kini berada pada peringkat reka bentuk yang diharap dapat dimuktamad­kan sebelum akhir tahun ini.

“Kita berharap perkara ini dapat diselesaik­an secepat yang mungkin untuk kita mulakan kerja-kerja pembinaan yang mana kita akan buat tender secara terbuka,” jelasnya.

Pembanguna­n semula Sungai Segget merupakan antara rancangan di bawah Pelan Transforma­si Johor Bahru membabitka­n kerja- kerja pembersiha­n dan pembinaan sistem tebatan banjir.

Projek yang bermula pada 2013 itu turut merangkumi loji rawatan kumbahan (STP) yang berfungsi membersihk­an air yang memasuki Sungai Segget sebelum dialirkan semula. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia