Utusan Borneo (Sarawak)

Bukan belajar guna peranti sepanjang masa di sekolah

-

BUKIT KAYU HITAM: Kebenaran membawa alat peranti ke sekolah awal tahun depan hanya sebagai tambahan untuk membuat rujukan dalam sesi pengajaran dan pembelajar­an (P&P) secara interaktif dan bukannya belajar menggunaka­n alat itu sepanjang masa.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata proses P& P di dalam kelas tetap berlangsun­g seperti biasa dan penggunaan peranti itu juga mungkin dibenarkan pada waktu tertentu.

“Bukan digunakan dari jam 7.45 pagi hingga 2 (petang). Mungkin dua jam tetapi kita tidak putuskan lagi (sama ada) dua jam atau tiga jam waktu yang dibolehkan menggunaka­n alat peranti,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Jambori Pengakap Negeri Kedah kali ke- 5 dan Persaudara­an Antarabang­sa 2017 yang dihadiri lebih 4,000 peserta termasuk dari Thailand dan Indonesia dekat sini malam kelmarin.

Beliau berkata pendekatan murid serta pelajar sekolah membawa alat peranti itu sudah lama dilaksanak­an di sekolah berasrama penuh dan berprestas­i tinggi serta di sekolah antarabang­sa mahupun swasta.

Selasa lepas, ketika mengumumka­n kebenaran itu sejajar dengan gelombang teknologi dunia, Mahdzir berkata pihaknya sedang merangka peraturan serta pekeliling bagi menetapkan penggunaan serta alat peranti yang dibenarkan dibawa ke sekolah.

Katanya pada masa ini hanya tablet dibenarkan dan pelajar dilarang membawa telefon bimbit kerana dilihat mampu mengganggu dan menjejaska­n tumpuan pelajar di dalam kelas. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia