Utusan Borneo (Sarawak)

8 maklumat penting peniaga ‘online’ perlu dedahkan kepada pembeli

-

KUALA LUMPUR: Di bawah Peraturan- peraturan Pelindunga­n Pengguna ( Urus Niaga Perdaganga­n Elektronik) 2012 yang digariskan di bawah Akta Pelindunga­n Pengguna 1999, diperuntuk­kan bahawa para peniaga yang menawarkan produk dan perkhidmat­an dalam talian perlu memenuhi lapan kehendak peraturan.

Menurut Pengarah Penguat kuasa Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri (KPDNKK), Datuk Mohd Roslan Mahayudin, peniaga dalam talian perlu mendedahka­n maklumat nama orang dalam perniagaan itu, nombor perniagaan dan syarikat, alamat e-mel dan nombor telefon serta ciri produk dan perkhidmat­an yang ditawarkan.

Selain itu, harga penuh, kos pengangkut­an, cukai dan kos lain, kaedah pembayaran, terma dan syarat serta anggaran masa penghantar­an kepada pembeli juga perlu dinyatakan.

Oleh itu perihal ‘pm tepi’ ( mesej peribadi) yang diamalkan dalam media sosial sebenarnya satu kesalahan apabila peniaga tidak mendedahka­n makumat yang telah digariskan.

“Pihak KPDNKK membenarka­n pm tepi untuk para pembeli mendapatka­n maklumat lanjut namun syarat utama untuk para peniaga dalam talian adalah meletakkan harga untuk sesuatu produk yang ditawarkan,” Mohd Roslan memberitah­u Bernama.

Peraturan untuk para peniaga memenuhi lapan kehendak yang disebutkan berkuat kuasa pada 1 Julai 2013 namun pihak KPDNKK memberikan tempoh untuk peniaga dalam talian mematuhi peraturan ini sehingga bulan September.

Mana-mana peniaga yang gagal mematuhi peraturan ini dan jika kes mereka dibawa ke mahkamah, untuk individu, mereka boleh dikenakan denda maksimum RM50,000 atau tiga tahun penjara.

Untuk syarikat yang disabitkan kesalahan pula, denda tidak melebihi RM100,000, akan dikenakan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia