Utusan Borneo (Sarawak)

Wenger ikrar fokus buru kejuaraan Liga Perdana

Arsenal berdepan Leicester pada aksi pembukaan, mulakan musim baharu tanpa aksi Liga Juara-Juara

-

LONDON: Arsene Wenger memujuk penyokong Arsenal yang tidak puas hati dengan memenangi Piala FA, tetapi margin kesilapan tidak harus ada menjelang perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris (EPL) pada malam ini (Jumaat) menentang Leicester City.

Setakat ini musim lalu ternyata paling sukar bagi Wenger selepas 21 tahun menggalas tugas sebagai pengurus, apabila masalah Arsenal di atas padang mendedahka­nnya kepada kemarahan sebahagian daripada penyokong kelab.

Selepas menamatkan spekulasi selama berbulanbu­lan dengan menandatan­gani kontrak baharu selama dua tahun, dia melihat ke hadapan dan berkata jika pasukan mempamerka­n perpaduan, penyokong akan ikut di belakang mereka.

“Kebanyakan masalah diwujudkan oleh situasi saya sendiri. Mungkin saya telah membuat kesilapan,” kata Wenger setelah Arsenal menewaskan Chelsea menerusi penentuan tendangan penalti dalam perlawanan ‘ Community Shield’ pada hujung minggu lepas.

“Pada keseluruha­nnya saya percaya ia bergantung kepada kami. Trend selama ini selalunya datang dari pasukan.”

Perkara yang mengganggu usaha Wenger untuk mencari keharmonia­n adalah keadaan tidak menentu yang menyelubun­gi beberapa pemain utama pasukan.

Alexis Sanchez, Mesut Ozil, Alex Oxlade- Chamberlai­n dan Jack Wilshere adalah antara pemain-pemain dengan kontrak yang tamat pada hujung musim ini.

Sanchez khususnya menjadi subjek spekulasi yang hangat mengenai masa depannya di tengah- tengah minat yang dilaporkan dari dua kelab yang berbelanja besar, Manchester C i t y d a n Pa r i s SaintG e r - main.

Penye r a n g Chile i tu tidak bersama kelab pada pramusim setelah diberi cuti tambahan ekoran Piala Konfederas­i dan dijangka tidak bermain dalam perlawanan pada malam ini kerana kekejangan perut.

Wenger memulakan kempen baharu tanpa diganggu penyokong kerana Arsenal menamatkan musim lepas dengan mantap.

Setelah Wenger mengguna-pakai formasi 3-4-2-1 – satu trend taktik yang dicetuskan oleh juara Chelsea – Arsenal memenangi tujuh daripada lapan perlawanan terakhir mereka dalam liga dan mengejutka­n Chelsea 2-1 dalam perlawanan akhir Piala FA. Mereka menewaskan Chelsea sekali lagi apabila keduaduapa­sukan bertemu lagi di Wemb le y dalam perlawanan ‘ Community Shield’ p a d a Ahad lepas, dengan memenangi penentuan tendangan penalti 4-1 setelah keputusan seri 1-1.

Selain piala itu, penyokong Arsenal turut meraikan satu pembelian penting setelah Wenger memecah rekod perpindaha­n kelab apabila dia menandatan­gani penyerang Perancis yang prolifik Alexandre Lacazette dari Lyon.

Pemain berusia 26 tahun itu diperolehi Arsenal dengan bayaran awal 46.5 juta pound (RM255.8 juta) dan dijangka mengetuai barisan, yang diapit oleh Sanchez dan Ozil.

Bagaimanap­un Ozil belum pasti dapat diturunkan untuk menentang Leicester, selain Aaron Ramsey, Per Mertesacke­r dan Shkodran Mustafi, manakala Laurent Koscielny digantung perlawanan. Gabriel dan Santi Cazorla sudah disahkan tidak dapat bermain.

Buat pertama kali sejak 1997, Arsenal memulakan musim tanpa bola sepak Liga Juara-Juara dan Wenger sudah berjanji untuk merehatkan beberapa pemain dalam Liga Europa.

Dia sudah menyatakan dia berhasrat “untuk fokus sepenuhnya kepada EPL” tetapi jika pendekatan sedemikian gagal menghasilk­an cabaran untuk kejuaraan, dia boleh menjangk ak a n protes yang meningkat dengan cepat.

Selepas memulakan musim lepas selaku juara bertahan, tetapi diancam penyingkir­an yang menyebabka­n pengurus Claudio Ranieri dipecat, Leicester mengintai kestabilan di bawah C r a i g Shakespear­e.

Mereka sudah membelanja­kan lebih 50 juta pound (RM275 juta), untuk menguatkan setiap bahagian dalam skuad dengan usaha untuk mendapatka­n penjaga gol Eldin Jakupovic, pemain pertahanan tengah Harry Maguire, pemain tengah Vicente Iborra, dan penyerang Kelechi Iheanacho.

Iborra dari Sepanyol tidak akan menyertai lawatan ke Stadium Emirates disebabkan oleh kekejangan pangkal paha dan menyertai pemain pertahanan tengah Robert Huth dan pemain tengah Danny Drinkwater di tepi padang.

Namun Iheanacho, bintang harapan Nigeria berusia 20 tahun yang menandatan­gani kontrak dari Manchester City pada minggu lepas, sudah lulus pemeriksaa­n kesihatan setelah mengalami kecederaan dalam perlawanan persahabat­an menentang Borussia Moenchengl­adbach.

“Kita ada musim di hadapan untuk dialu-alukan dan semua orang tidak sabar lagi mahu bermain,” kata kapten Wes Morgan.

“Kami ada perlawanan pertama kami pada Jumaat ini dan kami tidak sabar lagi mahu bermula.” — AFP

Kebanyakan masalah diwujudkan oleh situasi saya sendiri. Mungkin saya telah kesilapan.” membuat Arsene Wenger Pengurus Arsenal

 ?? — Gambar Reuters ?? SERBA TIDAK MENJADI: Wenger ( kanan) resah ketika menyaksika­n pasukannya dibelasah oleh Bayern Munich pada perlawanan kedua pusingan kalah mati Liga Juara-Juara di Stadium Emirates, London pada 7 Mac 2017.
— Gambar Reuters SERBA TIDAK MENJADI: Wenger ( kanan) resah ketika menyaksika­n pasukannya dibelasah oleh Bayern Munich pada perlawanan kedua pusingan kalah mati Liga Juara-Juara di Stadium Emirates, London pada 7 Mac 2017.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia