Utusan Borneo (Sarawak)

Marquez waspada ancaman Red Bull Ring dalam misi memburu kemenangan ketiga berturut-turut

-

SPIELBERG: Juara dunia Marc Marquez mahu mencatatka­n kemenangan MotoGP ketiga berturuttu­rut pada Ahad ini tetapi waspada mengenai cabaran di Grand Prix Austria, di mana dia hanya mampu menduduki tempat kelima pada 2016.

Penunggang Sepanyol itu memasuki pusingan ke-11 kejohanan dengan dua kemenangan berturut- turut di Jerman dan Republik Czech dan dengan kelebihan 14 mata ke atas rakan senegara Maverick Vinales dalam pertanding­an kejuaraan.

Bagaimanap­un, seperti beberapa pencabar, bintang Honda itu berdepan dengan masalah di litar Red Bull Ring 12 bulan lalu apabila rangka Austria bagi kejohanan itu kembali kepada jadual buat pertama kali sejak 1997.

“Red Bull Ring adalah litar di mana kami ada masalah sedikit pada tahun lepas, tetapi saya harap pada tahun ini, keadaan berlainan,” kata Marquez, dengan otak lumba baik di dalam mahupun di luar litar diketengah­kan di Brno pada Ahad lepas di mana dia menilai keadaan litar, yang sedang mengering, dengan sempurna.

“Brno juga litar yang pernah mencabar kami tetapi pada akhirnya kami mencapai keputusan yang hebat, jadi kami pergi ke Austria dengan rasa positif.”

Grand Prix Austria pada tahun lepas dimenangi pelumba Itali Andrea Iannone dengan rakan senegara Andrea Dovizioso di belakangny­a dalam kemenangan 1-2 oleh pasukan Ducati.

Juara dunia sembilan kali Valentino Rossi menduduki tempat keempat 12 bulan lalu dalam perlumbaan yang kaya dengan makna simbolik – pelumba legenda Giacomo Agostini memenangi GP Austria yang sulung pada 1971 ketika ia dianjurkan di litar Salzburgri­ng sebelum litar tersebut digugurkan selepas ia dikatakan terlalu berbahaya.

Rossi, bintang Yamaha, dengan kemenangan tunggal pada musim ini di Assen, Belanda, menduduki tempat keempat dalam kedudukan carta, 22 mata di belakang Marquez dan tanpa tempat podium dalam dua perlumbaan terakhir.

Namun Rossi berkata dia didorong oleh ujian yang menyusuli Grand Prix Czech, apabila dia dan Vinales, rakannya dalam Yamaha, menjadi dua lelaki terpantas di atas litar.

“Kembali ke litar dengan segera adalah sangat penting ng bagi kami, terutamany­a selepas elepas ujian seperti pada Isninnin lepas di Brno, di mana kami mencuba begitu egitu banyak perkara,” a,” kata Rossi.

“Pada hujung minggu u di Republik Czech, kami ami pantas dalam setiap ap keadaan dan ujian itu u membantu kami lebih faham ham lagi.

“Sekarang kami pergi ke e litar Austria, ia tidak begitu egitu memihak kepada kami, ami, tetapi saya harap kami ami dapat berusaha untuk ntuk mendapatka­n kan keputusan yang ang baik. Saya sudah udah biasa denganenga­n YZRM1 sekas ek a - rang,ang, saya dapat apat menu ng g a n g motosikal itu u dengan an lebih baik.aik.

“Kej ua r - a a n masih terbuka dan ia adalah penting untuk mengutip sebanyak mungkin mata.”

Vinales, dengan tiga kemenangan pada 2017 di Qatar, Argentina dan Perancis, mengakui dengan Marquez dan Dani Pedrosa dari pasukan Honda, yang menang 1- 2 di Republik Czech dan kelihatan semakin yakin, menamatkan perlumbaan dalam kelompok tiga teratas adalah amat penting pada hujung minggu ini.

“Kami tahu kami mesti berada di atas podium dalam perlumbaan seterusnya jika kami mahu memenangi kejuaraan ini, dan untuk itu kami perlu meneruskan rasa bagus ini dan mengejar kemenangan,” kata pelumba Sepanyol itu. — AFP

 ??  ?? MARQUEZ
MARQUEZ

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia