Utusan Borneo (Sarawak)

The Reds tolak bidaan 100 juta euro Barca dapatkan khidmat Coutinho

-

LONDON:LO Liverpo pool menolak bidaan ke kedua dari Barcelona un untuk pemain tengah ya yang berpengaru­h da dari Brazil, Philippe C Coutinho, bernila lai 100 juta euro (R (RM480 juta), media B British mendakwa k kelmarin. Barcelona terdesak untuk mendapatka­n pemain berusia 25 tahun ituit bagi menggantik­antika seorang lagi pem pemain dari Brazil, Neym Neymar, yang dijual deng dengan harga rekod duni dunia 222 juta euro (RM( RM1.07 bilion) ke- pada Paris Saint Germain pada minggu lepas.

Bagaimanap­un, BBC melaporkan Liverpool sekali lagi memberitah­u Barcelona bahawa Coutinho, yang tiba dari Inter Milan pada 2013, bukan untuk dijual.

Akhbar The Liverpool Echo menambah kelmarin: “Liverpool sudah memberitah­u Barca, mereka hanya membuang masa jika mereka kembali dengan tawaran ketiga dan bertegas menyatakan Coutinho tidak akan menjadi pengganti Neymar di Camp Nou.”

Barcelona percaya pemain antarabang­sa Brazil itu mempunyai keupayaan untuk bukan sahaja meng- gantikan Neymar di sisi Lionel Messi dan Luis Suarez dalam barisan serangan tiga bintang, tetapi juga dapat menjadi pemain gantian kepada kapten berusia 33 tahun Andres Iniesta di bahagian tengah.

Pengurus Liverpool Jurgen Klopp memberitah­u Barcelona “untuk menjimatka­n tenaga mereka” pada minggu lepas, dan mendakwa pemain itu bukan untuk dijual.

Bagaimanap­un beliau tidak dimasukkan ke dalam skuad Liverpool pada kemenangan persahabat­an ke atas Athletic Bilbao di Dublin pada hujung minggu lepas manakala kecederaan belakang nampak pasti akan mengetepik­annya dari perlawanan pembukaan kelab dalam Liga Perdana Inggeris di Watford pada Sabtu.

Jika Barcelona gagal untuk menarik Coutinho ke Sepanyol, mereka dijangka mengalih perhatian kepada bintang Perancis yang ditaraf tinggi Ousmane Dembele dari kelab Borussia Dortmund.

Dembele, 20 tahun, terbabit dalam satu pergaduhan di padang latihan dengan penjaga gol Dortmund, Roman Burki, pada minggu lepas dan bercakap mengenai keinginann­ya untuk bermain bagi Barca suatu hari nanti. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia