Utusan Borneo (Sarawak)

Ayuh meriahkan Jerayawara Berbasikal 2017

Program itu bertujuan pupuk minat, kesedaran aktiviti berbasikal selain promosi SUKSAR

- Oleh Reno Benjamin

SIBU: Jerayawara Berbasikal 2017 sempena Sukan Sarawak (SUKSAR) yang pertama akan diadakan di Sibu pada 19 Ogos ini, di lobi Wisma Sanyan.

Program dianjurkan oleh Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) dan Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) dengan kerjasama Pejabat Residen Bahagian Sibu.

Residen Bahagian Sibu Hii Chang Kee berkata, objektif jerayawara ini bertujuan memupuk minat dan kesedaran mengenai aktiviti berbasikal serta bagi menjadikan­nya sebagai satu kerjaya.

“Jerayawara berbasikal ini juga bertujuan mencungkil bakat baharu untuk diserap ke dalam program berbasikal negeri Sarawak, selain bagi mempromosi­kan SUKSAR 2017,” ujarnya pada satu sidang media, petang kelmarin.

Hii menjemput peminat berbasikal untuk datang serta menyertai jerayawara itu yang akan dimulakan dengan sesi ujian kemahiran dan kepantasan di Dataran Bandar Sibu Fasa II.

Sesi ujian dijadual bermula jam 7 pagi hingga 10 pagi serta terbuka kepada peminat aktiviti berbasikal yang berusia 19 tahun dan ke bawah (lahir selepas 1 Januari 1998).

“Kita menggalakk­an peminat aktiviti berbasikal berusia

Jerayawara berbasikal ini juga bertujuan mencungkil bakat baharu untuk diserap ke dalam program berbasikal negeri Sarawak, selain bagi mempromosi­kan SUKSAR 2017. Hii Chang Ke Residen Bahagian Sibu

19 tahun dan ke bawah hadir menjalani sesi ujian ini bagi pemilihan peserta untuk SUKSAR 2017,” jelasnya sambil menasihati peserta membawa basikal serta peralatan kesela- matan sendiri.

Acara berbasikal akan menjadi salah satu daripada 14 acara yang dipertandi­ngkan dalam SUKSAR 2017 di Kuching dari 14 hingga 17 Disember ini.

Menurut Hii lagi, sebanyak 200 tiket cabutan bertuah akan disediakan oleh pihak penganjur yang akan diagihkan kepada semua peserta yang mengikuti sesi ujian ini.

“Hadiah cabutan tiket bertuah bernilah RM1,600 menanti 200 peserta yang mendaftar awal,” ujarnya sambil menambah hadiah ditaja oleh Lea Sports Centre, Adidas dan Kuching Bike Shops.

Beliau juga memberitah­u, majlis perasmian Jerayawara Berbasikal 2017 ini akan dirasmikan oleh Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Hamzah.

Majlis perasmian dijadual berlangsun­g di lobi Wisma Sanyan bermula jam 10 pagi.

 ??  ?? PROMOSI: Hii bersama yang lain ketika mempromosi­kan Jerayawara Berbasikal 2017 yang akan berlangsun­g di Sibu pada 19 Ogos ini.
PROMOSI: Hii bersama yang lain ketika mempromosi­kan Jerayawara Berbasikal 2017 yang akan berlangsun­g di Sibu pada 19 Ogos ini.
 ??  ?? TAHNIAH: Masir (tengah) bersama Doris (tiga kiri) dan Mong (dua kanan) merakamkan kenangan bersama para pemenang pertanding­an berkenaan.
TAHNIAH: Masir (tengah) bersama Doris (tiga kiri) dan Mong (dua kanan) merakamkan kenangan bersama para pemenang pertanding­an berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia