Utusan Borneo (Sarawak)

Piala Dr Rundi: Dua pasukan dipilih bagi Zon Sebauh Tatau 12-13 Ogos

-

BINTULU: Saingan untuk Kejohanan Bola Sepak Luar Bandar Bahagian Bintulu bagi merebut Piala Menteri Utiliti Dato Sri Dr Stephen Rundi untuk Zon Sebauh Tatau kini memasuki pusingan akhir.

Dua pasukan terbaik zon itu akan dipilih daripada lapan pasukan dalam saingan di Padang Dewan Sukan Tatau pada 12 dan 13 Ogos (Sabtu dan Ahad) ini.

Selain itu, sebanyak 19 pasukan terbaik akan memasuki perlawanan untuk peringkat akhir membabitka­n semua zon pada 25 hingga 30 September akan datang dan perlawanan pembukaan dijangka dihadiri oleh wakil rakyat dari beberapa zon terbabit.

Presiden Persatuan Bola Sepak Bintulu (BiFA) merangkap Naib Presiden Persat- uan Bola Sepak Sarawak (FAS) Duke Janteng berkata, wakil pasukan dari setiap zon akan dipilih untuk berentap dalam perlawanan pusingan akhir untuk merebut piala kejohanan pada 25 hingga 30 September bertemakan ‘Meniti Harapan’ berlangsun­g di Padang A, B dan Turf Dewan Suarah di sini.

“Perlawanan dari setiap zon merangkumi pasukan dari Zon Samalaju, Sungai Asap, Murum, Bakun; Zon Bintulu, Sebauh, Tatau; Zon Miri Bekenu dan Zon Kuching (jemputan),” ujarnya kepada Utusan Borneo semalam.

Beliau berkata, beberapa pasukan telah pun melepasi perlawanan pusingan awal dan berjaya ke peringkat akhir terdiri daripada Belia Kampung Iran dan Niah Bersatu (Zon Samalaju), Akademi Bola Sepak Kemena, Akademi Bola Sepak BDA dan SMK Bintulu (Zon Bintulu) dan satu pasukan terpilih masing-masingnya dari Murum, Sungai Asap dan Bakun.

“Manakala, Kelab Bavarian Sibuti dan Kakalok FC masingmasi­ng akan mewakili Zon Miri Bekenu dan Zon Kuching,” tambahnya.

Beliau berkata, perlawanan itu akan menyaksika­n saingan 11 pasukan untuk pemain berumur 17 tahun dan lapan pasukan untuk pemain berumur 12 tahun.

“Saya berterima kasih kepada wakil rakyat yang terlibat menyokong dan menjayakan pertanding­an bola sepak luar bandar ini yang terdiri daripada Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing (Zon Bintulu); Ahli Dewan Undan- gan Negeri (ADUN) Samalaju, Majang Renggi (Zon Samalaju); ADUN Murum, Kennedy Chukpai Ugon (Zon Murum, Sungai Asap, Bakun); ADUN Kakus, Datuk John Sikie Tayai (Zon Tatau) serta Menteri Utiliti Dato Sri Dr Stephen Rundi, Sarawak Energy, Majlis Sukan Negeri Sarawak (MSNS) dan Lea Sports Centre (LSC) Sarawak.

“Tidak lupa juga penglibata­n Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak yang membenarka­n para pelajar sekolah rendah dan menengah di setiap zon terbabit menyertai kejohanan ini,” tambahnya.

Justeru, katanya, selesai perlawanan akhir kejohanan itu, majlis makan malam yang ditaja oleh Hotel Parkcity Everly Bintulu dijangka diadakan pada jam 7 malam, 30 September.

 ??  ?? TAJAAN: Duke (empat kanan) menerima Piala Menteri Utiliti untuk Kejohanan Bola Sepak Luar Bandar Bintulu daripada Dr Rundi (lima kiri) sambil disaksikan oleh para penaja terdiri daripada Pengarah Urusan LSC, Raymond Sim; pihak Sarawak Energy; Timbalan...
TAJAAN: Duke (empat kanan) menerima Piala Menteri Utiliti untuk Kejohanan Bola Sepak Luar Bandar Bintulu daripada Dr Rundi (lima kiri) sambil disaksikan oleh para penaja terdiri daripada Pengarah Urusan LSC, Raymond Sim; pihak Sarawak Energy; Timbalan...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia