Utusan Borneo (Sarawak)

SHOA SHOAW A benam enam Kolej Abdillah untuk mu muncul juaraara ragbi KRFC Sevens Cup

-

KUCHING: Pertembung­an dua musuh tradisi pada final perlawanan ragbi KRFC Sevens Cup pada Ahad lepas berkesudah­an dengan SMK Agama Sheikh Othman Abdul Wahab (SHOAW A) dinobatkan juara.

Kejayaan SHOAW A terpahat susulan kemenangan besar 24-0 ke atas Kolej Abdillah di Padang Song Kheng Hai sekali gus membolehka­n skuad itu merangkul Piala Bawah 18 Tahun.

Pertanding­an disertai 12 pasukan itu turut menyaksika­n SHOAW B cemerlang dalam saingan Bawah 18 Tahun ‘Bowl’ apabila menyingkir­kan SMK Asajaya, 12-7 selain turut melangkah ke final kategori Piala Bawah 15 Tahun.

Jurulatih SHOAW, Zulkaranai­nhisham Sarbini jelas gembira melihat kejayaan anak-anak buahnya terutama kemenangan ke atas Kolej Abdillah dalam aksi final Piala Bawah 18 Tahun.

“Saya percaya kita bermain dengan lebih baik pada perlawanan akhir ragbi tujuh sebelah. Pemain menunjukka­n beberapa skil menarik sepanjang dua hari pertanding­an.

“Sasaran kita pada tahun ini untuk merampas trofi dimenangi MRSM Kuching tahun lepas dan kita amat gembira kerana berjaya mencapainy­a.

“Walaupun kita tidak menentang MRSM Kuching pada final tahun ini, namun kemenangan ke atas Kolej Abdillah juga dianggap kejayaan besar. Tahniah kepada pasukan A,” menurutnya.

Zulkaranai­nhisham turut memuji aksi skuad Bawah 14 tahun SHOAW walaupun tewas dalam aksi final.

“Saya percaya mereka akan terus berkembang dan menjadi pemain yang lebih baik kelak. Ia semua mengenai pembanguna­n,” katanya lagi.

Keputusan lain menyaksika­n SMK Sungai Maong membenam SMK Muara Tuang B 5-0 untuk menjuarai Bawah 18 Tahun ‘ Plate’ manakala SMK Muara Tuang A memenangi Bawah 18 Tahun ‘Spoon’ selepas mengatasi SMK Tebedu 10-0.

Kolej Abdillah A merangkul kejuaraan Bawah 15 Tahun ‘Plate’ selepas menewaskan SMK Wira Penrissen 17-5 dan SMK Tebedu menundukka­n MRSM Kuching 15- 10 untuk merangkul gelaran Bawah 15 Tahun ‘Bowl’.

Sakura pula menjinakka­n Kolej Abdillah B untuk menjulang trofi Bawah 15 Tahun ‘Spoon’.

 ??  ?? RAHMAN
RAHMAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia