Utusan Borneo (Sarawak)

SABA terus aktif bangun tinju di peringkat akar umbi

-

KUCHING: Persatuan Tinju Sarawak ( SABA) terus aktif memperkasa­kan program pembanguna­n tinju di peringkat akar umbi dalam misi mencungkil lebih ramai bakat baharu untuk diserap dalam skuad bayangan Sarawak.

Terbaharu, SABA telah mengadakan Kem Latihan Atlet Bayangan SUKMA 2018 bertempat di SMK Tatau, Bintulu bermula dari 7 Ogos dan berakhir hari ini.

Dikendalik­an oleh Jurulatih Majlis Sukan Negeri Sarawak ( MSNS) Wilbur Andogan dari Filipina, kem latihan itu bertujuan memberi pendedahan kepada petinju baharu selain melatih petinju berpotensi untuk diserap dalam skuad bayangan SUKMA Sarawak.

Menurut Wilbur, sepanjang lima hari latihan itu, beliau berjaya menyungkil lima petinju berpotensi untuk diserap dalam skuad bayangan termasuk 11 petinju baharu.

“Latihan bermula dari jam 7 pagi hingga 10 pagi dan sebelah petang dari jam 3.30 petang hingga 6.30 petang. Latihan sebelah pagi lebih tertumpu kepada meningkatk­an stamina petinju seperti berjoging, latihan pecut dan membina kekuatan.

“Manakala di sebelah petang, latihan mem- fokuskan kepada memantapka­n teknik petinju bayangan SUKMA. Bagi petinju baharu, saya melatih mereka teknik tumbukan dan langkah yang betul,” katanya semalam.

Menurut Wilbur, beliau akan mengadakan sesi ‘sparring’ sesama petinju pada hari terakhir ( hari ini) untuk menguji keupayaan dan kemahiran petinju.

Jelasnya, Tatau mempunyai ramai petinju berpotensi dan beliau percaya mereka mampu pergi lebih jauh jika terus gigih menjalani latihan.

“Selepas ini, saya akan meneruskan kem latihan ke Asajaya. Setakat ini, kita telah mempunyai 26 petinju bayangan SUKMA 2018,” katanya sambil menambah jumlah itu dijangka meningkat selepas semua kem latihan berakhir.

Sementara itu, Presiden SABA Dato Rahman Lariwoo semalam merakamkan jutaan terima kasih kepada SMK Tatau dan ibu bapa petinju kerana memberikan sokongan padu dalam menjayakan kem latihan berkenaan.

Beliau juga gembira kerana kem latihan itu berjaya menarik minat ramai petinju- petinju baharu.

“Melihat kepada jumlah yang hadir sepanjang kem latihan, saya percaya Tatau berpotensi menjadi lubuk kelahiran petinju- petinju yang berpotensi menyinar di masa akan datang.

“Ini merupakan kem latihan ketiga selepas di Saratok dan Sri Aman yang diadakan pada bulan lepas.

“Terima kasih juga kepada pihak Perbadanan Sukan Sarawak ( SSC) dan Majlis Sukan Negeri Sarawak ( MSNS) atas kerjasama diberikan kepada SABA untuk melaksanak­an kem latihan ini,” jelas Rahman yang juga pengurus skuad tinju Sukan SEA negara.

 ??  ?? TUNJUK AJAR: Wilbur (baju hitam) menunjukka­n demonstras­i kepada salah seorang petinju semasa kem latihan.
TUNJUK AJAR: Wilbur (baju hitam) menunjukka­n demonstras­i kepada salah seorang petinju semasa kem latihan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia