Utusan Borneo (Sarawak)

JKMNS dekati masyarakat di

- Oleh Mastura Ismail

PENGARAH Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak (JKMNS) Abang Shamshudin Abang Seruji dan kakitangan jabatan itu mendekati masyarakat di Long Semadoh Rayeh pada Program Jelajah Kasih Sukarelawa­n Prihatin, baru-baru ini.

Seramai 50 Sukarelawa­n Zon Utara (Limbang/ Lawas, Miri dan Bintulu) hadir menyertai program itu sekali gus mengadakan aktiviti kebajikan bersama penduduk kampung.

Meskipun terletak jauh di pedalaman, masyarakat Long Semadoh Rayeh tidak pernah disisihkan melalui program turun padang JKM.

Program yang diadakan selama tiga hari itu bertujuan untuk menyuntik semangat sukarelawa­n dan memberi kesedaran tanggungja­wab kebajikan rakyat adalah tanggungja­wab semua.

Pada program itu penduduk kampung bersama sukarelawa­n zon utara melakukan kerja membina baharu secara gotongroyo­ng rumah warga emas Ruth Lakai dan suaminya Pengiran Sakai.

Pelbagai aktiviti turut diadakan termasuk mendekati golongan OKU, warga emas, kaunter perkhidmat­an JKM, taklimat bantuan kebajikan, taklimat dan demonstras­i memadam kebakaran daripada bomba dan program jalinan hubungan bandar dan pendalaman.

Antara agensi lain yang terlibat termasuk Pejabat Daerah Lawas, Pejabat Kesihatan Daerah Lawas, PDRM Lawas, bomba Lawas, RELA Lawas, komuniti Long Semadoh, JKM Miri dan JKM Bintulu.

Turut sama ialah Pegawai JKM Bahagian Limbang Haslinda Supu.

 ??  ?? APA KHABAR?: Pegawai JKM Limbang Monir Besar (kiri) bertanya khabar kepada seorang lelaki OKU. TURUN PADANG: Sukarelawa­n zon utara bergambar bersama di Long Semadoh Rayeh. TERIMA KASIH: Abang Shamshudin menyerahka­n barang makanan kepada warga emas....
APA KHABAR?: Pegawai JKM Limbang Monir Besar (kiri) bertanya khabar kepada seorang lelaki OKU. TURUN PADANG: Sukarelawa­n zon utara bergambar bersama di Long Semadoh Rayeh. TERIMA KASIH: Abang Shamshudin menyerahka­n barang makanan kepada warga emas....
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia