Utusan Borneo (Sarawak)

Ketengahka­n kumpulan wayang kulit terkenal

-

KUMPULAN wayang kulit terkenal dari Kelantan, Kumpulan Wayang Kulit Sri Warisan Pusaka, akan mengadakan persembaha­n pada Malam Wayang 2017 Sabtu ini.

Acara itu, yang dianjurkan ThinkCity dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), dengan kerjasama Lab DNA, Red Archer dan Seni Pusaka serta disokong Citi Foundation, akan diadakan di Urbanscape­s House beralamat di No 2, Jalan Hang Kasturi, mulai 8 malam. Tiada bayaran masuk dikenakan. Menurut kenyataan Seni Pusaka, Kumpulan Wayang Kulit Sri Pusaka diterajui Tok Dalang Nawi dan adiguru muzik Abdul Rahman Dollah, anak murid Pak Dollah Baju Merah yang boleh dianggap sebagai legenda dalam persembaha­n wayang kulit. “Kumpulan itu bukan sahaja mendapat sambutan hebat di Kelantan, tetapi juga di seluruh Malaysia dan di peringkat antarabang­sa, dengan penontonny­a terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat,” katanya. Wayang kulit adalah teater tradisiona­l yang tidak asing di Asia Tenggara. — Bernama PERSATUAN Penerbit Televisyen Malaysia (PTVM) mendakwa terdapat amalan ‘duit tepi’ untuk mendapatka­n hak siaran drama atau program di stesen televisyen dan mahu ia dihentikan.

Presiden PTVM Datuk Jurey Latiff Rosli mendakwa pihak yang mengetahui perkara itu selama ini hanya mendiamkan diri.

“Amalan ‘duit tepi’ ini harus dihentikan bagi mengelakka­n penonton terus dihidangka­n dengan rancangan yang tidak berkualiti,” katanya selepas melakukan kunjungan hormat terhadap

Ketua Pesuruhjay­a Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Dzulkifli Ahmad di ibu pejabat SPRM di Putrajaya, baru-baru ini.

Komited untuk membantera­s gejala rasuah dalam kalangan penggiat industri, beliau berkata delegasi persatuan itu bertanya kepada Dzulkifli cara yang betul untuk melaporkan kes rasuah ketika kunjungan hormat itu. Katanya, satu pertemuan akan diadakan pada 15 Ogos ini antara SPRM dengan 140 syarikat penerbitan bagi memberi penerangan tentang perkara berkaitan rasuah bersempena penganjura­n Mesyuarat Agong PTVM pada hari sama. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SEPAKAT: Datuk Jurey Latif Rosli (dua, kanan) bersama barisan kepimpinan PTVM melihat risalah Sahabat Gerah SPRM selepas mengadakan kunjungan bersama Ketua Pengarah SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad di Ibu Pejabat Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)...
— Gambar Bernama SEPAKAT: Datuk Jurey Latif Rosli (dua, kanan) bersama barisan kepimpinan PTVM melihat risalah Sahabat Gerah SPRM selepas mengadakan kunjungan bersama Ketua Pengarah SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad di Ibu Pejabat Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)...
 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? Ricky Martin yang membintang­i dalam ‘The Assassinat­ion of Gianni Versace: American Crime Story’ di atas pentas semasa sesi FX di Jelajah Media Persatuan Pengkritik Televisyen Musim Panas 2017 di Studio Fox, Los Angeles pada 9 Ogos lepas.
— Gambar AFP Ricky Martin yang membintang­i dalam ‘The Assassinat­ion of Gianni Versace: American Crime Story’ di atas pentas semasa sesi FX di Jelajah Media Persatuan Pengkritik Televisyen Musim Panas 2017 di Studio Fox, Los Angeles pada 9 Ogos lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia