Utusan Borneo (Sarawak)

Dayang Nurfaizah bangga diberi peluang nyanyi

-

LAGU tema ‘Bangkit Bersama’ yang akan diguna pakai sebagai lagu utama bagi keseluruha­n temasya Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017 (KL2017) telah pun dilancarka­n oleh Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Lagu hasil gubahan komposer terkenal negara Datuk Ramli MS itu dinyanyika­n penyanyi terkenal Dayang Nurfaizah, yang mana lirik lagu berkenaan turut melibatkan sumbangan daripada orang ramai.

Pelancaran lagu ini juga melengkapk­an tiga lagu tema yang dicipta bersempena temasya dwitahunan iaitu ‘Tunjuk Belang’ nyanyian monoloQue, Azlan dan maliQue; serta ‘So Many Hands’ dendangan Miq Palencia untuk iklan rasmi temasya.

“Temasya kali ini agak unik kerana kita ada tiga lagu yang akan dinyanyika­n semasa upacara pembukaan, dua lagu telah dimainkan minggu lepas yang berentak rancak manakala lagu ketiga lebih bermakna kenegaraan.

“Secara peribadi, saya suka lagu ini dan ia agak subjektif, terpulang kepada citarasa masing-masing. Yang penting mesej melalui lirik lagu itu sampai kepada seluruh rakyat Malaysia kerana liriknya hasil daripada penyertaan seluruh rakyat.

“Nyanyikanl­ah dengan penuh rasa bangga agar semangat tersebut dapat dijelmakan untuk dikongsi bersama para atlet yang bertanding,” kata Khairy kepada pemberita selepas pelancaran lagu tema Bangkit Bersama dan pengumuman penajaan Pavilion selaku penaja perak KL2017.

Khairy turut mengumumka­n pusat beli-belah Pavilion Kuala Lumpur sebagai penaja baharu KL2017, di bawah kategori penaja perak iaitu penajaan di antara RM1 juta ke RM3 juta.

Katanya penajaan Pavilion merangkumi wang tunai, barangan dan sokongan pemasaran untuk mempromosi­kan jenama KL2017.

Melalui penajaanny­a, Pavilion turut menampilka­n gimik tersendiri dengan pelancaran pameran 1,000 patung maskot rasmi RIMAU yang akan membanjiri kawasan pintu masuk utama pusat beli-belah itu bermula hari ini hingga tamat temasya KL2017 pada September ini.

Dalam pada itu, Khairy berkata jumlah penajaan KL2017 mencecah RM101.535 juta, iaitu 126 peratus melepasi sasaran.

“Kita amat berpuas hati dengan penajaan yang telah melepasi sasaran awal kita,” katanya.

Sementara itu, Ramli MS menjelaska­n bahawa beliau mengambil masa lebih kurang tiga bulan untuk menyiapkan lagu ‘Bangkit Bersama’.

“Ramai yang memilih lirik untuk menang tapi saya pilih lirik untuk motivasi dan menjasakan diri.

“Pada saya, rentak balada lebih kepada kelembutan, kita akan lebih faham (mesej) berbanding kalau menggunaka­n nada tengking. Dengan kelembutan itu dapat menginsafk­an,” katanya.

Dayang Nurfaizah yang diberi penghormat­an mendendang­kan lagu tema itu pula berkata beliau berbangga kerana dipilih dan itu juga merupakan peluang sekali dalam kerjayanya sebagai penyanyi.

“Ini peluang sekali dalam seumur hidup dan ia datang dengan tanggungja­wab kerana perlu memikirkan bagaimana untuk mengajak rakyat menyanyi bersama,” katanya.

— Bernama

 ??  ??
 ??  ??
 ?? — Gambar Bernama ?? BANGGA: Dayang Nurfaizah bergambar bersama maskot RIMAU selepas pelancaran lagu ‘Bangkit Bersama’ di Pavillion, Bukit Bintang baru-baru ini.
— Gambar Bernama BANGGA: Dayang Nurfaizah bergambar bersama maskot RIMAU selepas pelancaran lagu ‘Bangkit Bersama’ di Pavillion, Bukit Bintang baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia