Utusan Borneo (Sarawak)

‘Menu Ronda-Ronda’ travelog bermotosik­al cari makanan terbaik di TV1

-

PROGRAM terbaru RTM, ‘Menu RodaRonda’ membawa anda mengembara ke 13 lokasi menarik di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor dalam misi mencari makanan terbaik dan resipi masakan sihat.

Tiga belas episod program travelog yang disiarkan mulai 17 Ogos ini, setiap Rabu dan Khamis, jam 12.30 tengah hari menerusi saluran TV1 ini membawa anda meronda dan memberi informasi yang padat mengenai makanan dan tempat penginapan.

Program ini memfokuska­n kepada kembara makanan unik dari pelbagai kaum di Malaysia. Menariknya ia juga turut memberikan informasi lokasi, harga dan juga cara pembuatann­ya selain diselitkan dengan ‘makanan di tepi jalan’ dan memasak satu menu sihat serta berkongsi beberapa tip-tip ringkas berkaitan penjagaan motorsikal.

Dalam episod pengenalan­nya hos Cef Firdaus Hanan meronda ke Bukit Ampang dan Ulu Langat di Selangor untuk memperkena­lkan beberapa makanan, masakan, restoran, tempat peranginan dan penginapan seperti burger, ‘char kuey tiaw’, ‘yong tau foo’ juga makanan bercorak Minangkaba­u, Jawa, Jambi dan Mendailing.

Bersarapan pagi di Cafe Bahulu Classiq, di Kampung Jawa, Hulu Langat dengan menumenu nasi lemak, lontong, mi kari, mi rebus, laksa, soto, mi jawa, bubur, teh dangdut dan bahulu. Nikmati buah kedondong dan air kelapa serta belajar memanah di Sabiqa ‘Achery Range’.

Dalam salah satu episodnya, Cef Firdaus Hanan meneruskan rondaan ke Rawang, Selangor untuk memperkena­lkan beberapa makanan, masakan dan restoran seperti sarapan pagi di Cafe Kotakotako­pi O mengandung­i mee kari, mee goreng ayam portugis, kopi dangdut, nasi lemak & ikan pari masak portugis, roti bakar dan tauhu bakar. Makan tengah hari di Restoran Mohd Chan dengan hidangan Cina iaitu ikan stim taucu, butter prawn, ketam telur masin, seafood bonanza dan yam ring. Minum petang di Warung Ana Sup Utara dengan masakan set sup nasi, cendol blender, bee hun sup utara, laksa utara dan mee kicap ipoh.

Bagi makanan di tepi jalan, hos dapat menikmati kelopok lekor, kuih tart dan kuih cok. Cef hos memasak satu menu sihat iaitu ‘wrap daging pedas’. Akhirnya hos berkongsi informasi ‘travel tips’ tentang karburetor motosikal.

Manakala dalam episod di Seri Kembangan, Selangor memperkena­lkan beberapa makanan, masakan dan restoran seperti sarapan pagi di Restoran Singgang Warisan mengandung­i masakan Terengganu seperti pulut nyior, laksam, nasi dagang, nasi kerabu dan nasi minyak.

Makan tengah hari di Restoran Wawasan Selera dengan hidangan ayam penyet, siput sedut masak lemak cili padi, rendang daging, kerabu mangga dan kerepek kentang sira. Minum petang di Restoran Gulai Kawah dengan masakan nasi goreng special, gulai kawah, butter prawn, tomyam campur, sup gear box, martabak, roti sardin, bakso, roti tisu dan laicikang. Bagi makanan di tepi jalan, hos dapat menikmati jagung cup dan putu piring.

Ikuti banyak lagi episod dalam ‘Menu Roda-Ronda’ sambil berkongsi informasi tentang motosikal di TV1.

 ??  ?? HOS ANDA: Cef Firdaus Hanan sebagai hos ‘Menu Ronda-Ronda’ di TV1.
HOS ANDA: Cef Firdaus Hanan sebagai hos ‘Menu Ronda-Ronda’ di TV1.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia