Utusan Borneo (Sarawak)

Perfect Livin 2017 di BCCK hingga 13 Ogos

-

KUCHING: Perfect Livin 2017 kini kembali ke bandar raya ini untuk kali kedua pada tahun ini, yang sedang berlangsun­g di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini sehingga 13 Ogos ini.

Pelbagai pilihan dan produk baharu perabot, perkakas rumah, barangan elektrik dan banyak lagi yang ditawarkan pada harga istimewa dalam pameran gaya hidup dan rumah nombor satu di Malaysia itu.

“Jangan lepaskan peluang untuk mendapatka­n produkprod­uk berkualiti tinggi yang anda inginkan untuk melengkapi kediaman dan kehidupan anda,” kata Pengurus Kanan Pembanguna­n Perniagaan i.Star selaku pengurus pameran, Malvin Yan pada sidang media di BCCK, semalam.

Menurut Malvin, pihaknya menyasarka­n seramai 40,000 hingga 50,000 orang mengunjung­i pameran ini yang disertai lebih 100 pempamer dari seluruh negara.

Justeru bagi menarik kehadiran pengunjung, beliau berkata Perfect Livin’ 17 turut menyediaka­n hadiah percuma berupa botol minuman aluminium edisi terhad kepada 500 pengunjung pertama bagi setiap hari.

Malah, katanya pengunjung yang membelanja­kan minimum RM1,000 juga berpeluang memenangi hadiah dan baucar tunai bernilai lebih RM100,000 yang ditaja Isuzu.

Selain itu, Malvin berkata dengan hanya mendaftar nama tanpa membuat apaapa pembelian, pengunjung yang bernasib baik juga akan membawa pulang hadiah menarik seperti telefon pintar Vivo, gelang Fitbit Charge HR, pengukus makanan Lebensstil dan fon kepala tanpa wayar JBL menerusi peraduan ‘Daftar Setiap Hari dan Menang’.

Beliau menambah turut diadakan peraduan ‘Daftar dan Menang’ yang menawarkan hadiah set bilik mandi Arthur Crowne bernilai RM15,000 di mana pengunjung juga hanya perlu mendaftar nama tanpa membuat pembelian.

Manakala, katanya pengunjung yang membuat pembelian RM500 ke atas boleh menebus hadiah-hadiah sagu hati yang menarik daripada pelbagai jenama menerusi kaunter hadiah yang dise- diakan.

Bagi pengunjung yang membawa anak-anak berumur 12 tahun ke bawah, jangan terlepas untuk mendaftark­an nama mereka untuk memenangi set bilik tidur Happy Junior bernilai RM38,000 yang ditawarkan menerusi peraduan ‘Daftar dan Menang Kanak-Kanak’.

Ibu bapa juga boleh menghantar anak- anak untuk menyertai pertanding­an mewarna yang diadakan pada 12 dan 13 Ogos pada jam 2 petang, yang menawarkan hadiah menarik dan sambil itu, anda boleh berjalan-jalan untuk melihat dan membelibel­ah di pameran.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.perfectliv­in. com atau Facebook dan Twitter.

 ??  ?? TERKINI: Pelbagai pilihan dan produk baharu perabot, perkakas rumah, barangan elektrik dan banyak lagi yang ditawarkan pada harga istimewa dalam pameran gaya hidup dan rumah nombor satu di Malaysia - Perfect Livin 2017 di BCCK di Kuching.
TERKINI: Pelbagai pilihan dan produk baharu perabot, perkakas rumah, barangan elektrik dan banyak lagi yang ditawarkan pada harga istimewa dalam pameran gaya hidup dan rumah nombor satu di Malaysia - Perfect Livin 2017 di BCCK di Kuching.
 ??  ?? SIAPA CEPAT DIA DAPAT: Malvin menunjukka­n botol minuman aluminium edisi terhad untuk diberikan kepada 500 pengunjung pertama setiap hari.
SIAPA CEPAT DIA DAPAT: Malvin menunjukka­n botol minuman aluminium edisi terhad untuk diberikan kepada 500 pengunjung pertama setiap hari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia