Utusan Borneo (Sarawak)

Aliran FDI ke ASEAN dijangka cecah AS$100 bilion, kata Mustapa

Syarikat M’sia nikmati keuntungan dari segi perdaganga­n dan pelaburan

-

KUALA LUMPUR: Aliran pelaburan langsung asing ( FDI) ke ASEAN terus meningkat pada tahun ini dan disasarkan mencecah lebih AS$100 bilion (AS$1 = RM4.29) berbanding AS$96.7 bilion.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata ini akan terus menguntung­kan syarikat-syarikat Malaysia dari segi perdaganga­n dan pelaburan, perkongsia­n teknologi serta penawaran peluang pekerjaan.

“Perjalanan ASEAN sememangny­a hebat serta berjaya (selama ini) dan semua orang berbangga dapat menjadi warga ASEAN, termasuk Malaysia,” katanya kepada pemberita pada Forum Pelaburan Intra-ASEAN di sini, semalam.

Mustapa berkata, aliran FDI global mencatat peningkata­n sederhana dan akan turut memberi manfaat kepada ASEAN yang mempunyai lebih 630 juta penduduk.

Aliran FDI ke ASEAN dan negara- negara anggotanya sejak lima tahun lepas (20122016) berjumlah AS$565.5 bilion dengan pelabur utama mewakili ASEAN, Kesatuan Eropah, Jepun dan Amerika Syarikat, katanya.

Mengulas perdaganga­n intra-ASEAN, beliau ber- kata aliran itu meningkat berikutan kos menjalanka­n perniagaan yang lebih rendah di rantau ini.

Tahun lepas misalnya, syarikat- syarikat ASEAN melabur AS$23.9 bilion di rantau ini iaitu peningkata­n sebanyak 12.2 peratus daripada 2015, katanya.

Menurut Mustapa, aliran pelaburan dari negara-negara anggota ASEAN ke dalam Malaysia juga terus bertambah daripada RM1.8 bilion pada 2010 kepada RM11.6 bilion pada 2015.

Malah, antara syarikat terkemuka ASEAN yang melabur di Malaysia ialah Charoen Pokphand, Wilmar, Musim Mas, Tipco Asphalt dan TCC Group.

Selain itu, mengulas Kerjasama Ekonomi Komprehens­if Serantau (RCEP), Mustapa berkata 10 negara terbabit sedang berusaha gigih untuk memastikan ia dapat direalisas­ikan.

“Kita mungkin berdepan beberapa cabaran berikutan penyenarai­an 22 perkara dan setakat ini hanya dua perkara yang dapat dimuktamad­kan membabitka­n perusahaan kecil dan sederhana serta kerjasama teknikal.

“Masih banyak yang perlu kita lakukan dan cuma ada empat hingga lima bulan saja lagi. Kita perlu realis- tik. Jika tidak tahun ini, ia mungkin dapat diselesaik­an pada separuh pertama 2018,” katanya.

RCEP merupakan cadangan perjanjian perdaganga­n bebas (FTA) antara negaranega­ra anggota ASEAN merangkumi Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand, Vietnam serta enam negara lain yang menjalin FTA dengan ASEAN iaitu Australia, China, India, Jepun, Korea Selatan dan New Zealand.

Anggota RCEP dijadual mengadakan pertemuan pada tahun ini di Korea Selatan dan Manila. — Bernama KUALA LUMPUR: Organisasi penyelidik­an dan teknologi, SIRIM Bhd, dijangka akan menyelesai­kan audit teknologi ke atas 170 syarikat dalam pelbagai sektor melalui Program SIRIMFraun­houfer tahun ini.

Program itu menggunaka­n dan mengamalka­n prinsippri­nsip model Fraunhoufe­r dari Jerman mengenai penyelidik­an gunaan untuk pembanguna­n perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau, berkata sehingga sekarang, sejumlah 80 firma daripada sektor kejurutera­an, elektronik dan jentera telah menyelesai­kan audit teknologi mereka.

“Hasil daripada audit akan membantu PKS menyediaka­n pelan tindakan untuk meningkatk­an produktivi­ti, menambah keupayaan pengurusan teknologi serta meningkatk­an rantaian nilai,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar inovasi makanan dan trend global di sini semalam.

Dalam tahun 2015 dan 2016, sebanyak 320 syarikat telah dibuat audit teknologi.

“Penemuan melalui audit itu akan menentukan teknologi yang diperlukan bagi sesebuah syarikat untuk meningkatk­an produktivi­ti mereka.

“Lebih 45 projek telah diluluskan untuk program menaik taraf teknologi dan 36 projek telah dikenal pasti bagi program memupuk,” katanya.

Seminar sehari itu telah diadakan seiring dengan Pesta Perdaganga­n Makanan dan Minuman Antarabang­sa Malaysia 2017 yang ke-18.

Ia disertai lebih daripada 200 peserta dalam industri makanan dan minuman, institusi penyelidik­an, institusi pendidikan tinggi, agensi kerajaan dan sektor swasta. — Bernama

 ??  ?? SERAH BENDERA: Tiong (tiga kanan) menyerahka­n bendera SCCCI kepada Hii sambil diperhatik­an yang lain.
SERAH BENDERA: Tiong (tiga kanan) menyerahka­n bendera SCCCI kepada Hii sambil diperhatik­an yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia