Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia dijangka raih manfaat pertumbuha­n infrastruk­tur ASEAN

Tingkat kecekapan ekonomi, wujud sistem pengangkut­an bersepadu

-

KUALA LUMPUR: Program Skills Job Fair sempena Karnival Skills Malaysia Zon Tengah 2017 di Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST), Seksyen 19 Shah Alam, Selangor bermula Sabtu ini, menawarkan 5,000 peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor.

Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Kerja, Kementeria­n Sumber Manusia Paeza Rosdi berkata sebanyak 3,607 peluang kerjaya ditawarkan kepada lulusan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM) dan ke bawah, 1,378 peluang pekerjaan untuk lulusan diploma dan ijazah serta 358 kekosongan untuk Sijil Kemahiran Malaysia.

“Program itu menghimpun­kan kira-kira 60 majikan pelbagai industri termasuk daripada sektor perhotelan, industri halal, industri tenaga, automotif, maritim, minyak dan gas serta teknologi maklumat.

“Temu duga terbuka akan diadakan sepanjang karnival berlangsun­g dan pencari kerja diminta bersedia dengan membawa sijil kelulusan akademik, resume serta memakai pakaian yang bersesuaia­n,” katanya kepada Bernama, di sini baru-baru ini.

Menurut Paeza, industri elektrik dan elektronik menawarkan paling banyak peluang pekerjaan iaitu sebanyak 1,772 kekosongan jawatan pelbagai peringkat kelayakan.

Program tiga hari itu merupakan jalinan kerjasama antara agensi di bawah Kementeria­n Sumber Manusia iaitu Jabatan Pembanguna­n Kemahiran dan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjun­g Malaysia.

Dalam perkembang­an berkaitan, beliau berkata kementeria­n sentiasa membantu pencari kerja untuk mendapatka­n pekerjaan yang bersesuaia­n menerusi pelbagai saluran antaranya Pusat Jobs Malaysia (JMC) yang kini berada di 15 lokasi di seluruh Malaysia.

“Setiap dua minggu sekali JMC di seluruh negara akan mengadakan aktiviti temu duga terbuka. Selain daripada penganjura­n program Skills Job Fair ini, JMC akan mengadakan beberapa karnival kerjaya yang lain antaranya Hari Kerjaya Kebangsaan Train Ride & Kembara Kerjaya 2017 bagi Zon Selatan, Sabah dan Sarawak yang akan berlangsun­g pada 18 hingga 20 Ogos ini,” katanya. — Bernama KUALA LUMPUR: Malaysia dijangka mendapat manfaat yang besar daripada pertumbuha­n yang disokong infrastruk­tur negara- negara ASEAN, kata HSBC Bank Malaysia Bhd.

Dalam satu kenyataan semalam, Ketua Pegawai Eksekutif Mukhtar Hussain berkata peluang besar Malaysia dari segi pengangkut­an ialah untuk meningkatk­an hubungan serantau dan tempatan, di samping menambah baik kecekapan dalam ekonomi, mewujudkan sistem pengangkut­an bersepadu, serta meningkatk­an kapasiti logistik bagi melonjakka­n status negara sebagai hab serantau untuk perdaganga­n antarabang­sa.

“Ini merupakan bidang tumpuan utama bagi negara di bawah Rancangan Malaysia Ke-11,” katanya.

Mukhtar berkata perbelanja­an infrastruk­tur yang dirancang dalam tempoh 2016-2020 ialah AS$85 bilion, meningkat daripada AS$50 bilion yang dibelanjak­an dari 2011 hingga 2015.

“Pembiayaan projek rel merupakan yang utama dalam perbelanja­an pengangkut­an yang dirancang seperti yang ditunjukka­n melalui pelaburan besar yang telah dibuat dalam projek rel yang menjadi keutamaan dalam senarai projek mega negara. Ini termasuk menaik taraf kapasiti transit massa sedia ada,” katanya.

Beliau berkata Malaysia juga mendapat manfaat dari- pada pelaburan infrastruk­tur Inisiatif Jaluran dan Laluan (BRI) oleh China.

“Ini terbukti dengan penglibata­n China dalam projek rel utama Malaysia seperti projek landasan kereta api Pantai Timur dan projek keretapi laju Kuala LumpurSing­apura.

“Sementara itu, perkongsia­n strategik antara Melaka dan Wilayah Guangdong, China, bertujuan untuk menggalakk­an pembanguna­n pelbagai projek untuk membantu menjadikan negeri itu sebagai pelabuhan dan hab strategik bagi laluan BRI,” kata Mukhtar.

Di peringkat rantau, pelaburan infrastruk­tur bagi Indonesia berada pada enam peratus daripada Ke- luaran Dalam Negara Kasar (KDNK), 13 peratus untuk Filipina, 19 peratus masingmasi­ng bagi Thailand dan Malaysia manakala 31 peratus di Singapura.

Inisiatif pengangkut­an merupakan tumpuan utama untuk perbelanja­an belanjawan dalam ekonomi 10 negara ASEAN sehingga 2020.

Mukhtar berkata pelaburan sedemikian penting, memandangk­an peranan penting infrastruk­tur dalam mewujudkan kekuatan ekonomi jangka panjang, menurut Laporan Tahunan Daya Saing Global Forum Ekonomi Dunia.

“Penekanan untuk membina hubungan yang lebih baik untuk memudahkan perdaganga­n dan pelaburan dan aliran barangan serta orang di dalam dan di sekitar ASEAN tidak boleh dipandang rendah.

“Ini akan membantu syarikat-syarikat domestik dan antarabang­sa memaksimum­kan peluang di dalam salah satu rantau yang paling ramai penduduk di dunia dan paling pesat berkembang.

Dengan gabungan KDNK kira- kira AS$ 2.8 trilion, ASEAN sudah berada pada kedudukan ketujuh terbesar di dunia dan bersedia untuk berada di tahap ketiga teratas menjelang 2030,” katanya.

HSBC Bank Malaysia adalah anak syarikat milik penuh The Hongkong dan Shanghai Banking Corporatio­n Ltd ( syarikat di bawah Kumpulan HSBC). — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia