Utusan Borneo (Sarawak)

AirAsia sambut penerbanga­n sulung dari Shenzhen ke Langkawi

-

LANGKAWI: AirAsia Bhd mengadakan sambutan bagi penerbanga­n sulung dari Shenzhen ke Langkawi dengan 89 peratus faktor muatan dan menjangka laluan tersebut dapat meningkatk­an kemasukan pelancong ke pulau berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif, Aireen Omar dalam satu kenyataan berkata, syarikat penerbanga­n itu telah menerbangk­an lebih satu juta penumpang ke Langkawi setakat ini tahun ini, dan mengunjurk­an jumlah itu akan meningkat.

AirAsia juga sedang bekerjasam­a rapat dengan Lembaga Pembanguna­n Langkawi (LADA) untuk menjadikan Langkawi sebagai hab antarabang­sa dan mempromosi pulau yang indah itu sebagai destinasi percutian utama pelancong China.

Penerbanga­n AK 1713 diraikan dengan tembakan meriam ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Langkawi dan disambut Ketua Pegawai Eksekutif LADA, Datuk Azizan Noordin.

Penerbanga­n terus tiga kali seminggu itu merupakan laluan antarabang­sa ketiga AirAsia dari Langkawi, di samping Singapura dan Guangzhou, dan yang ketujuh dari Langkawi selain Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuching, Singapura dan Guangzhou.

Bagi meraikan acara penting itu, AirAsia menawarkan promosi tambang sehala termasuk semua sebanyak RM200 dari Langkawi ke Shenzhen bagi tempoh perjalanan antara sekarang sehingga 8 Februari 2018.

Terletak di seberang sempadan Hong Kong, Shenzhen adalah satu keajaiban moden dengan ekonomi yang cergas serta landskap yang luas. Sebagai satu daripada bandar terkaya dan berpendudu­k paling ramai di China, ia dipenuhi dengan beberapa taman tema serta banyak tarikan lain.

AirAsia kini mengadakan penerbanga­n ke tujuh destinasi dari Langkawi dengan empat laluan domestik dan tiga laluan antarabang­sa dengan 119 penerbanga­n sehala mingguan. AirAsia juga menghubung­kan Langkawi ke 15 negara seperti Vietnam, Korea Selatan dan Taiwan melalui produk Fly-Thru syarikat tersebut. — Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia