Utusan Borneo (Sarawak)

Karnival ‘Inisiatif Digital Langkawi’ 19 dan 20 Ogos

-

ALOR SETAR: Bagi meningkatk­an kesedaran orang ramai mengenai penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) terkini, Karnival ‘ Inisiatif Digital Langkawi’ akan diadakan di Pusat Pameran Antarabang­sa Mahsuri, Langkawi pada 19 dan 20 Ogos ini.

Pengerusi Jawatankua­sa Sains, Inovasi dan Teknologi Maklumat, Komunikasi dan Teknologi Tinggi negeri Datuk Norsabrina Mohd Noor berkata karnival yang julung kali diadakan itu antara lain mempromosi­kan serta menggalakk­an penduduk dan pelancong supaya menggunaka­n kemudahan infrastruk­tur ICT yang disediakan di pulau itu.

“Kapasiti infrastruk­tur ICT yang kita sediakan banyak tetapi penggunaan­nya hanya 20 peratus sahaja dan ini menunjukka­n masih ada penduduk tempatan serta pelancong di pulau ini yang tidak mengetahui tentang kemudahan sedia ada,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Beliau berkata penduduk tempatan terutamany­a perlu datang ke karnival itu bagi memperoleh maklumat baharu berkaitan infrastruk­tur ICT sedia ada dan yang akan dilancarka­n untuk kemudahan urusan seharian mereka.

“Penduduk di pulau ini juga boleh menggunaka­n infrastruk­tur ICT ini untuk membantu menambah pendapatan mereka contohnya dengan menawarkan perkhidmat­an Uber yang boleh dijalankan melalui penggunaan aplikasi Uber sedia ada,” katanya.

Norsabrina berkata karnival itu akan disertai 50 pempamer antaranya Malaysia Digital Economy Corporatio­n (MDEC), Bank Negara Malaysia, Telekom Malaysia (TM), Naza Communicat­ions Sdn Bhd dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL).

Karnival dua hari yang bermula jam 8 pagi hingga 6 petang itu akan dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 19 Ogos nanti.

Sementara itu, beliau berkata Langkawi dilihat berpotensi menjadi hab digital kerana banyak infrastruk­tur ICT telah disediakan seperti perkhidmat­an jalur lebar berkelajua­n tinggi (HSBB), Evolusi Jangka Panjang (LTE) dan perkhidmat­an 2G serta 3G, selain terkenal sebagai pusat pelanconga­n di negeri ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia