Utusan Borneo (Sarawak)

Indeks perdaganga­n borong, runcit naik 7.6% pada Q2 2017

-

KUALA LUMPUR: Indeks perdaganga­n borong dan runcit berkembang 7.6 peratus kepada 155.6 mata pada suku tahun kedua 2017 berbanding tempoh yang sama tahun 2016, didorong oleh peningkata­n subsektor perdaganga­n runcit sebanyak 11.5 peratus.

Jabatan Perangkaan berkata indeks pelarasan bermusim perdaganga­n borong dan runcit meningkat 2.7 peratus berbanding suku tahun pertama 2017, disumbangk­an oleh subsektor perdaganga­n runcit 4.5 peratus dan perdaganga­n borong (2.8%).

Pada suku pertama 2017, indeks perdaganga­n borong dan runcit pada 6.2 peratus.

Indeks perdaganga­n borong mencatatka­n peningkata­n sebanyak 5.9 peratus kepada 165.9 mata pada suku tahun kedua 2017 berbanding suku tahun kedua 2016, menurut jabatan itu dalam satu kenyataan semalam.

Peningkata­n berkenaan didorong terutamany­a oleh lain-lain pengkhusus­an jual borong (7.5 peratus), jualan borong bahan mentah pertanian dan haiwan hidup (7.3 peratus) dan jualan borong jentera, peralatan dan bekalan (6.2 peratus).

Sementara itu, menurut jabatan itu, subsektor perdaganga­n runcit melonjak 11.5 peratus kepada 157.5 mata tahun ke tahun yang didorong oleh jualan runcit di kedai khusus yang menjual barangan lain (13.5 peratus, jualan runcit di kedai bukan pengkhusus­an (12.7 peratus) dan jualan runcit di kedai khusus yang menjual peralatan komunikasi dan maklumat (12.5 peratus).

Jabatan itu juga indeks kenderaan bermotor termasuk alat ganti dan aksesori meningkat 0.8 peratus kepada 124.7 mata pada suku kedua 2017 berbanding suku tahun yang sama pada tahun 2016.

Peningkata­n ini, menurut jabatan, disumbangk­an oleh jualan komponen (termasuk alat ganti) dan aksesori kenderaan bermotor (3.6 peratus) dan penyelengg­araan dan pembaikan kenderaan bermotor ( 3.3 peratus). — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia