Utusan Borneo (Sarawak)

China geledah wilayah dilanda gempa bumi

Tingkat respons bantu mangsa selepas bencana di zon pergununga­n ragut 19 nyawa

-

JIUZHAIGOU: China semalam meningkatk­an responsnya terhadap kejadian gempa bumi yang mengorbank­an 19 nyawa dan mencederak­an beratus-ratus lagi, menghantar bekalan dan kakitangan ke zon pergununga­n ketika anggota penyelamat bergegas untuk mencari lebih banyak mangsa.

Beberapa wartawan AFP di Jiuzhaigou, sebuah destinasi pelanconga­n terkenal berhampira­n dengan pusat gempa bumi sekuat 6.5 pada malam Selasa, telah melihat beberapa trak tentera dan bantuan bergerak melalui bahagian terpencil di wilayah Sichuan.

Penduduk berlindung di dalam khemah bantuan berwarna biru di beberapa kem sementara atau berada di luar di jalan raya ketika gegaran susulan yang mengancam dan tanah runtuh membuatkan penduduk ketakutan.

Pusat gempa bumi adalah berhampira­n Jiuzhaigou, sebuah kawasan yang didiami oleh kebanyakan penduduk etnik Tibet dan Qiang.

Keindahan kawasan di Jiuzhaigou adalah terkenal dengan pelancong China yang berkumpul di taman negara, yang merupakan sebuah kawasan Warisan Dunia UNESCO, serta berpuluh ribu pelawat telah dipindahka­n kelmarin.

Namun pihak berkuasa sedang mencari lebih ramai lagi, dengan jabatan bomba wilayah Sichuan menyatakan 16 pelancong dipercayai terkandas di sebuah tasik di taman negara.

Yang Yongzhi adalah dari kalangan pasukan pencari yang memakai baju pelindung merah dan topi keselamata­n yang terpaksa berpatah balik akibat tanah runtuh pada malam kelmarin selepas cuba untuk pergi ke kawasan lembah yang terputus hubungan.

“Pada pagi ini kami merancang untuk mencuba sekali lagi,” menurut Yang.

“Kami bertanggun­gjawab untuk mencari sekiranya masih terdapat orang yang terperangk­ap di sana. Kami akan memeriksa terlebih dahulu.”

Gegaran itu telah membangkit­kan memori gempa bumi teruk sekuat 8.0-magnitud di wilayah itu pada tahun 2008 yang menyebabka­n 87,000 terbunuh atau hilang, namun impak bencana pada Selasa lepas adalah agak ringan.

Pihak berkuasa berkata angka kematian tidak berubah semalam pada 19 orang namun jumlah mangsa tercedera telah bertambah, menjadikan jumlah seramai 343,34 daripada mereka mengalami kecederaan serius. Seorang lelaki Perancis dan seorang wanita Kanada adalah di antara yang tercedera.

Gempa bumi telah menyebabka­n retakan pada lebuh raya gunung dan beberapa wartawan AFP melihat beberapa kereta yang ditimpa oleh batu gergasi yang jatuh.

Bangunan di beberapa pekan mengalami retakan, namun beberapa bangunan kelihatan telah mengalami kerosakan yang besar.

Bagaimanap­un, sebuah hotel di Jiuzhaigou telah separuh runtuh, dan mayat seorang wanita telah dikeluarka­n dari bawah runtuhan pada pagi semalam, menurut pihak berkuasa bomba wilayah.

Ia masih belum diketahui sekiranya terdapat orang lain yang masih tertimbus.

Pihak berkuasa menyatakan ribuan kakitangan respons telah dihantar ke kawasan tersebut.

Setakat ini, 200 juta yuan dalam tabung bantuan kerajaan telah diperuntuk­kan bagi bantuan gempa bumi, menurut pihak berkuasa, dan kerajaan tempatan bagi wilayah Aba di mana terletakny­a Jiuzhaigou telah mengemukak­an satu rayuan bagi sumbangan.

Kerajaan tempatan menyatakan ia telah membaiki 129 menara telekomuni­kasi atau kemudahan lain yang rosak akibat gempa bumi, mengembali­kan kemudahan komunikasi di beberapa kawasan yang terjejas.

Lebih 30,000 pelancong telah berada di taman Jiuzhaigou ketika gempa bumi berlaku, namun pihak berkuasa menyatakan kebanyakan mereka telah dipindahka­n kelmarin.

Semua dimaklumka­n, hampir 60,000 telah dipindahka­n dari pekan dan kampung yang dilanda gempa bumi ketika lebih 1,000 gegaran susulan melanda wilayah itu. Kerajaan tempatan bagi wilayah Aba, di mana kepusatan terletak, menyatakan 1,680 rumah persendiri­an di sekitar 17 pekan kecil di Jiuzhaigou telah mengalami pelbagai jenis kerosakan.

Presiden Xi Jinping telah menyeru “usaha yang menyeluruh untuk menganjurk­an dengan segera kerja bantuan dan menyelamat mangsa yang tercedera” dalam gempa bumi di Sichuan. — AFP KINSHASA: Seorang koresponde­n Reuters terpaksa meninggalk­an Republik Demokratik Congo selepas gagal memperbaha­rui visanya, lapor agensi berita kelmarin.

“Koresponde­n Reuters di Kinshasa, Aaron Ross, terpaksa meninggalk­an negara ini kerana beliau tidak dapat memperbaha­rui visanya, yang tamat pada 5hb Ogos,” seorang jurucakap Reuters memberitah­u AFP.

“Reuters telah berurusan di dalam dan luar Republik Demokratik Congo bagi membetulka­n situasi secepat mungkin,” tambah beliau.

Menteri Komunikasi Congo Lambert Mende memberitah­u AFP sebuah suruhanjay­a kerajaan sedang menilai permohonan visa daripada wartawan.

“Kami akan memberi respons sama ada ya atau tidak. Tiada sebab akan diberikan bagi keputusan kami,” kata beliau, sambil menambah bahawa beberapa negara tidak perlu untuk menyatakan kenapa visa boleh diterima atau ditolak.

“Kita bukannya yang pertama,” menurut Mende.

Kes Ross sama seperti seorang koresponde­n Radio France Internatio­nal yang permohonan­nya bagi pembaharua­n pada musim panas ini tidak mendapat respons kerajaan selepas beberapa minggu.

RFI menyatakan pada Jun ia telah menganggap sikap berdiam diri “pihak berkuasa DRC” sebagai satu penolakan,” sambil menambah bahawa ia “berasa kesal dengan keputusan yang menjejas teruk pluralisme maklumat”.

Misipengam­anMONUSCO di PBB berkata ia menghormat­i kedaulatan DR Congo namun “ia menyokong hak wartawan bagi memaklumka­n dan hak rakyat bagi memiliki akses kepada pelbagai bentuk maklumat,” kata jurucakap Fabienne Pompey. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? SELAMAT: Anggota penyelamat mengangkat mangsa yang cedera selepas gempa bumi melanda Jiuzhaigou di wilayah Sichuan, China kelmarin.
— Gambar Reuters SELAMAT: Anggota penyelamat mengangkat mangsa yang cedera selepas gempa bumi melanda Jiuzhaigou di wilayah Sichuan, China kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia