Utusan Borneo (Sarawak)

Pegawai AS alami simptom misteri, tinggalkan Havana

-

WASHINGTON: Washington memecat dua diplomat Cuba selepas beberapa kakitangan kedutaan AS terpaksa meninggalk­an Havana kerana simptom perubatan yang tidak dapat dikenal pasti yang dilaporkan pertama kali pada tahun lepas, menurut Jabatan Negara kelmarin.

Diplomat Cuba tersebut telah diminta meninggalk­an kedutaan mereka pada 23 Mei, jurucakap Jabatan Negara Heather Nauert menyatakan dalam satu taklimat, tanpa menjelaska­n bilangan rakyat Amerika yang terlibat bagi simptom ini atau menyatakan tentang sifatnya.

“Pada mulanya kami mendengar tentang insiden ini pada lewat tahun 2016,” kata Nauert.

“Sebahagian kakitangan kerajaan AS yang bertugas di kedutaan kami di Havana, Cuba... melaporkan beberapa insiden yang menyebabka­n pelbagai simptom fizikal. Kami tidak mempunyai sebarang jawapan yang pasti mengenai sumber atau punca bagi apa yang kami pertimbang­kan sebagai insiden,” kata beliau.

Beliau menambah: “Kami terpaksa membawa beberapa rakyat Amerika pulang atau beberapa rakyat Amerika memilih untuk pulang ke tanah air akibat insiden itu. Akibat keputusan tersebut, kami telah meminta dua rakyat Cuba meninggalk­an Amerika Syarikat dan mereka telah berbuat sedemikian.”

Pada lewat kelmarin, kerajaan Cuba telah mengesahka­n tentang laporan tersebut.

Ia menyatakan ia telah membantah pengusiran pegawainya, ketika turut menggesa Amerika Syarikat untuk bekerjasam­a dalam mengenal pasti insiden pada awal tahun ini di Havana. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia