Utusan Borneo (Sarawak)

210 anggota bomba Mexico bantu padam kebakaran di Kanada

-

OTTAWA: Gelombang kedua anggota bomba Mexico akan mendarat di wilayah British Columbia di bahagian paling barat di Kanada semalam untuk membantu menangani kebakaran hutan, dalam pengerahan paling besar pernah dilakukan melibatkan anggota bomba Mexico ke luar negara, menurut pihak berkuasa.

Seramai 108 anggota bomba Mexico telah mendarat di British Columbia pada awal Ogos.

Seramai 102 lagi akan tiba semalam dari Suruhanjay­a Perhutanan Negara Mexico serta Kementeria­n Alam Sekitar dan Pembanguna­n Wilayah di Jalisco.

“Secara keseluruha­n terdapat 210 anggota bomba Mexico yang dikerahkan ke Kanada, pengerahan paling besar pernah melibatkan anggota bomba Mexico ke luar negara,” menurut pegawai Mexico dalam satu kenyataan.

Ini berlaku hasil daripada satu memorandum persefaham­an pada 2016 antara Kanada dan Mexico untuk bertukar-tukar sumber pengurusan kebakaran hutan.

Mexico telah menghantar 42 anggota bomba untuk berdepan dengan kebakaran hutan di wilayah jiran Alberta pada tahun lepas, namun pada Januari 58 anggota bomba telah membantu Chile untuk memadamkan api.

Gelombang pertama yang tiba di Kanada pada musim panas sekarang dikerahkan ke Williams Lake dan Quesnel di bahagian dalam wilayah, membantu untuk mengesan dan memadam tompok panas.

“Ini adalah kali pertama kami melihat asap yang banyak seperti ini,” Juan Villa, jurucakap kumpulan, memberitah­u penyiaran awam CBC sejurus selepas tiba di wilayah tersebut.

Satu perintah darurat telah dikuatkuas­akan di British Columbia sejak 7 Julai. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia