Utusan Borneo (Sarawak)

SIM KHENG BOON DILANTIK KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF DBOS

-

KUCHING: Pengalaman lebih 30 tahun dalam industri kewangan antara kriteria utama pelantikan Sim Kheng Boon sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bagi Bank Pembanguna­n Sarawak (DBOS) berkuat kuasa 1 Ogos 2017. Pelantikan Sim semalam turut disokong oleh Lembaga DBOS yang terdiri daripada Pengerusi Tan Sri Datuk Amar Morshidi Abdul Ghani yang merupakan Setiausaha Kerajaan Negeri dan ahli-ahlinya, Sharkawi Alis, Christophe­r Adrian dan Datu Laura Lee Ngien Hion. Sim, 62, yang merupakan anak tempatan graduan lepasan Ijazah Perdaganga­n (Kepujian) dari Universiti Windsor, Ontario, Kanada dan juga merupakan anggota bersekutu Asian Institute of Chartered Banker.

Selain pengalaman lebih 30 tahun dalam industri kewangan, Sim juga tokoh korporat yang memiliki reputasi tinggi dan diiktiraf dalam industri ini.

Sepanjang kerjayanya, Sim pernah berkhidmat sebagai Pengarah Eksekutif Malaysia Timur Kenanga Investment Bank Bhd dari tahun 2012 hingga 2015.

Beliau juga pernah berkhidmat dengan AmBank AmInvestme­nt Bank Bhd selama hampir 30 tahun dengan jawatan terakhirny­a sebagai pengarah bank berkenaan bagi Wilayah Sarawak.

Sim menyertai AmInvestme­nt Bank pada 1983 dan kemudianny­a dinaikkan ke kedudukan pengurusan utama dengan peranan kepimpinan yang signifikan.

Sepanjang tempoh bersama Kumpulan Ambank, beliau berperanan penting dalam menyediaka­n Sarawak - meletakkan syarikat dalam senarai bursa selain menyediaka­n khidmat rundingan korporat dalam memperoleh­i dana menerusi pasaran modal, penstruktu­ran korporat termasuk rundingan kewangan mengenai penggabung­an pengambila­lihan.

Sebagai tambahan, Sim juga pernah berkhidmat sebagai pengarah bebas Zecon Bhd sebelum bersara baru-baru ini.

Susulan pelantikan Sim sebagai CEO DBOS dan lain-lain profesiona­l dalam kumpulan utamanya, DBOS kini bersedia untuk beroperasi pada 1 Januari 2018.

Sementara itu, penubuhan DBOS telah diumumkan oleh Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg pada awal April lalu selepas dipersetuj­ui dan diluluskan oleh Bank Negara Malaysia di bawah Insititusi Kewangan Pembanguna­n.

DBOS, menurut Abang Johari, akan beroperasi sepenuhnya di bawah biayaan kerajaan negeri dan menyediaka­n dana bagi melaksanak­an beberapa projek strategik negeri dalam usaha mengejar pelan transforma­si sosioekono­mi Sarawak bagi tahun 2017 hingga 2030.

Antara objektif utama DBOS adalah memberi fokus bagi pelaksanaa­n projek untuk empat sektor utama di bawah projek strategik negeri iaitu sektor infrastruk­tur ICT (teknologi digital), sektor tenaga, sektor pengangkut­an awam bandar dan sektor servis.

 ??  ?? SIM
SIM
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia