Utusan Borneo (Sarawak)

S4S sambut baik misi kerajaan Sarawak mencari fakta di London

-

KUCHING: Pergerakan Sarawak 4 Sarawakian­s (S4S) menyambut baik misi kerajaan negeri dalam usaha mencari fakta di London.

Malah, pergerakan itu juga menggesa kerajaan negeri menggunaka­n maklumat diperolehi tersebut dengan sebaik-baiknya dalam rundingan bersama dengan kerajaan persekutua­n untuk mendapatka­n pengiktira­fan sepenuhnya bagi autonomi hak-hak negeri ini di bawah Perjanjian Malaysia 1963.

Menurut Aktivis Hak Asasi Manusia, Peter John Jaban lawatan itu bertindak sebagai gambaran hasrat Sarawak jelas kepada kerajaan persekutus­an tetapi mesti disokong dengan tindakan mengukuhka­nnya dan merealisas­ikan sebarang perubahan konkrit bagi negeri ini.

Jelasnya, misi itu juga adalah langkah pertama yang baik dan petanda jelas bahawa Sarawak bersedia mendapatka­n autonomi sepenuhnya tetapi perjuangan ke arah tersebut harus dibawa ke hadapan.

“Ini juga merupakan amaran jelas kepada kerajaan persekutua­n bahawa negeri ini tegas dalam perjuangan­nya.

“Sudah tentu, maklumat diperolehi daripada misi (ke London) itu merupakan rekod awam dan telah lama berlalu. Malah, banyak dokumen juga boleh didapati secara dalam talian atau boleh diperolehi dengan mudah.

“Malah dokumen-dokumen yang diklasifik­asikan meliputi proses pemisahan sangat diragui selepas 1946 sehingga Perjanjian Malaysia menjadi semakin terbuka sejak 20 lalu. Adakah perlu menghantar pasukan ke London untuk mendapatka­n maklumat itu? Mungkin tidak.

“Bagaimanap­un, lawatan itu menyampaik­an tujuannya sebagai paparan kekuatan Sarawak dan sebagai mesej kepada kerajaan persekutua­n agar mereka mengambil serius perkara itu,” katanya dalam satu kenyataan media di sini semalam.

Peter berkata, beliau percaya mesej itu diterima dengan jelas selepas serangan kenyataan tidak berasas dikeluarka­n oleh Salahuddin Ayub berhubung rombongan ke London.

Katanya, Salahuddin mendakwa lawatan ke London itu adalah atas jemputan campur tangan asing.

“Dakwaan (Salahuddin) tidak berasas kerana negeri ini menaja sendiri rombongan misi mencari fakta itu disertai menteri- menteri tempatan dan perwakilan yang diamanahka­n menjalanka­n penyelidik­an itu,” jelasnya.

Dalam pada itu, Peter juga menjelaska­n perjuangan Sarawak untuk pengiktira­fan yang betul di bawah Perjanjian Malaysia 1963 mencapai satu aliran penting.

Katanya, selepas 50 tahun berdiam diri kerajaan negeri akhirnya mengambil tindakan dengan ‘ tangan sendiri’ bagi mendapatka­n maklumat sebetulnya seperti terkandung di bawah Perjanjian Malaysia 1963.

“Sekarang kita mesti mempertimb­ang maklumat diperolehi sebagai senjata Sarawak untuk mendapatka­n semula autonomi penuh seperti dirundingk­an dan Sarawak ketika ini bergantung kepada diri sendiri untuk memperjuan­gkannya semula.

“Sarawak akhirnya berdiri teguh atas hak-haknya dan maklumat ini harus menjadi tindakan supaya kita (Sarawak) berjaya mendapatka­n semula semua yang berhak,” jelasnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia