Utusan Borneo (Sarawak)

Program Advokasi dan HSP tingkat kesedaran keselamata­n cara kerja

-

LIMBANG: Program Pencegahan Kemalangan ( Advokasi) dan Promosi Saringan Kesihatan ( HSP) mampu memberi kesedaran kepada pekerja untuk mengamalka­n cara kerja selamat di tempat kerja serta semasa dalam pergi dan balik dari tempat kerja.

Pengurus Pejabat Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) Limbang Nancy Goliong berkata program itu juga dapat memberitah­u pemberikan baucar pemeriksaa­n saringan kesihatan sebagai salah satu faedah disedia PERKESO kepada semua pekerja aktif berumur 40 tahun ke atas.

Jelasnya ia secara langsung dapat meningkatk­an bilangan pekerja menggunaka­n baucar pemeriksaa­n saringan kesihatan di Limbang dan Lawas.

“Melalui program ini kita berharap ia dapat meningkat kefahaman dalam kalangan pekerja dan masyarakat mengenai hak dan kelayakan di bawah skim perlindung­an keselamata­n sosial,” katanya pada Program Pencegahan Kemalangan (Advokasi) dan HSP di sini baru-baru ini.

Program telah dirasmi Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah itu anjuran tahunan PERKESO dengan kerjasama Pos Malaysia Berhad Cawan- gan Limbang.

Nancy berkata, pelaksanaa­n program itu menunjukka­n komitmen PERKESO meningkatk­an penyampaia­n perkhidmat­an yang berkesan dan terbaik kepada masyarakat di bahagian ini.

Pelbagai program lain katanya diadakan untuk memastikan kesejahter­aan masyarakat dijaga termasuk penubuhan skuad prihatin PERKESO selain memperluas­kan lagi jaringan keselamata­n sosial dengan memperkena­lkan skim insurans pekerjaan sendiri (pemandu teksi) yang dikuatkuas­akan Jun lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia