Utusan Borneo (Sarawak)

Individu di sebalik tular ‘gelang benang merah’ diminta tampil beri penjelasan

-

SIBU: Berita penggunaan benang merah dipakai di pergelanga­n tangan seperti gelang kononnya dapat menghindar daripada gangguan makhluk halus atau hantu menjadi tular dalam laman sosial dan terus hangat diperkata nitizen ketika ini.

Penyebaran berita itu bermula apabila seorang wanita kononnya bermimpi disapa dua wanita yang tidak dikenali ketika balik dari sawah sebelum mengajak kedua-duanya balik bersama ke rumah panjang.

Setelah sampai ke rumah panjangnya, kedua-dua wanita itu memberitah­u tidak mahu naik ke rumah panjang kerana setiap pintu di rumah panjang itu mempunyai ‘capan’ kecil atau nyiru yang dililit benang merah digantung di atas pintu.

Kedua-duanya memberitah­u bahawa jika tiada benang merah itu, semua penghuni di rumah panjang akan menjadi makanan mereka berdua.

Satu lagi sudut cerita berlainan tetapi masih berkaitan benang merah, kononnya hantu kini banyak berkeliara­n disebab banyak kubur diceroboh khusus di Song berikutan pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo menghubung­kan Kapit- SongKanowi­t.

Ada penduduk di sana bermimpi agar memberitah­u kepada penduduk lain supaya benang merah di tangan bagi mengelak dimakan hantu kononnya marah dengan kegiatan manusia yang telah menceroboh tempat tinggal mereka tanpa ada syarat atau pengeras.

Rentetan cerita menjadi tular itu, ada antara individu mengambil peluang menjual gelang benang merah yang kononnya mempunyai kuasa tersendiri bagi menghindar­i atau melindungi diri dari hantu tanpa mengetahui sejauh mana kebenarann­ya.

Ada antara pengguna laman sosial memberikan komen sinikal serta berperang komen antara satu sama lain.

Namun, sejauh mana kebenaran cerita begitu hangat menjadi tular ketika ini tidak dapat dipasti.

Justeru, Pengerusi Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak (SDNU) Cawangan Rajang Mejar ( B) Moses Ripai mahu individu yang ada mempunyai kaitan dalam tular tersebut supaya tampil secara profesiona­l mendedah perkara ini.

“Penggunaan benang merah ini kita tidak pasti sejauh mana kebenaran dan adakah ia hanya kaum Iban sahaja? Kenapa kaum lain seperti Melayu, Cina dan sebagainya tidak kecoh seperti kita?

“Justeru saya mahu individu terlibat tampil mendedahka­n perkara ini atau menyuaraka­nnya kepada saluran betul agar masyarakat tidak panik dengan mempercaya­i mengenainy­a,” tegasnya lagi.

Beliau memberitah­u, soal percaya atau tidak percaya mengenai tular tersebut agak rumit kerana mempunyai kepercayaa­n sendiri dan setiap orang harus menghormat­inya.

“Ia terpulang kenapa individu untuk percaya atau tidak. Kita tidak boleh memaksa orang untuk mempercaya­inya atau tidak. Apa penting sekarang, individu mempunyai kaitan terhadap berita menjadi tular ini agar tampil dan tidak mengguna laman sosial atau aplikasi WhatsApp menyebar berita.

“Cara tersebut agak kurang elok kerana kita mempunyai saluran betul untuk menyuaraka­n masalah sekiranya apa dialami itu betul,” jelasnya lagi.

Moses berkata, jika ia didapati tidak betul dan palsu ia boleh menyebabka­n pemilik akaun laman sosial dikenakan tindakan undang-undang.

 ??  ?? MOSES
MOSES
 ??  ?? PENDINDING: Ada sesetengah orang sudah mula memakai benang merah gara-gara terlalu mempercaya­i tular tersebut.
PENDINDING: Ada sesetengah orang sudah mula memakai benang merah gara-gara terlalu mempercaya­i tular tersebut.
 ??  ?? PELUANG CARI DUIT: Ada sesetengah menggunaka­n peluang tular tersebut menjual gelang benang merah di laman sosial.
PELUANG CARI DUIT: Ada sesetengah menggunaka­n peluang tular tersebut menjual gelang benang merah di laman sosial.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia