Utusan Borneo (Sarawak)

AKSEM perkukuh kawalan keselamata­n sempadan

Akta baharu diwujudkan untuk mencegah aktiviti jenayah rentas sempadan termasuk penyeludup­an

- Oleh Borhaniza Ali Basah

SIBU: Akta Agensi Kawalan Sempadan Malaysia ( AKSEM) dilulus dalam Parlimen Rabu lalu akan mengukuhka­n lagi keselamata­n kawasan sempadan negara apabila dikuat kuasa kelak.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Masir Kujat ketika dihubungi kelmarin berkata, akta baharu itu perlu diwujud bagi mengetatka­n kawalan kawasan sempadan negara bagi mencegah aktiviti jenayah rentas sempadan termasuk aktiviti penyeludup­an.

“Saya tidak pasti bila akta ini akan berkuat kuasa, tetapi mungkin dalam masa satu atau dua bulan akan datang. Walaupun akta itu diluluskan di Parlimen Rabu lalu, ia perlu mendapat kelulusan di Dewan Negara sebelum disah Yang di-Pertuan Agong dan akhirnya diwarta sebagai undang-undang untuk penguatkua­saan,” katanya.

Masir menjelaska­n, agensi utama terlibat dalam keselamata­n sempadan seperti dinyatakan dalam akta berkenaan termasuk polis, PGA ( Pasukan Gerakan Am), Jabatan Kastam, Jabatan Imigresen dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

“Berdasar Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS), kita boleh menggabung Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA). Sebenarnya terdapat keperluan khusus bagi kita di Sarawak, di mana terdapat banyak ‘jalan tikus’ di sepanjang sempadan.

“Sudah semestinya, khidmat RELA akan diperlukan bagi membantu PGA, polis, CIQ ( Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin) atau pos di luar sempadan,” katanya.

Akta berkenaan dibentangk­an oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Dalam Negeri.

Akta ini akan dikuat kuasa di kawasan sempadan Malaysia-Thailand, Sarawak-Kalimantan dan Sabah-Kalimantan pada masa akan datang.

Masir juga dimaklumka­n bahawa terdapat cadangan meletakkan tentera rejimen sempadan negara di bawah NBOS tetapi belum ada keputusan muktamad sehingga kini.

“Bagaimanap­un, jika ada keperluan timbul pada masa akan datang, rejimen sempadan boleh disenarai untuk membantu menjaga keselamata­n sempadan,” katanya.

Ahli Parlimen Sri Aman itu turut menyatakan bahawa agensi keselamata­n sempadan telah wujud di bawah Unit Pencegahan Penyeludup­an (UPP) tetapi kemudian dinamakan semula sebagai AKSEM.

Mengenai perkara lain, beliau tidak pasti jika kementeria­nnya sedang memohon peruntukan yang lebih besar dalam Belanjawan Negara akan datang.

Bagaimanap­un, Masir berpendapa­t wajar bagi sebuah kementeria­n untuk meminta lebih banyak peruntukan, yang tertakluk kepada kelulusan Perdana Menteri sebagai Menteri Kewangan.

“Saya menjangkak­an setiap kementeria­n akan memohon lebih banyak peruntukan supaya lebih banyak projek dapat dilaksanak­an untuk memberi manfaat kepada rakyat,” kata Masir.

Berdasar Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS), kita boleh menggabung Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA). Sebenarnya terdapat keperluan khusus bagi kita di Sarawak, di mana terdapat banyak ‘jalan tikus’ di sepanjang sempadan.

 ??  ?? GIAT DIJALANKAN: Kerja membina perpustaka­an baharu Sibu yang sedang giat dijalankan.
GIAT DIJALANKAN: Kerja membina perpustaka­an baharu Sibu yang sedang giat dijalankan.
 ??  ?? MASIR KUJAT
MASIR KUJAT

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia