Utusan Borneo (Sarawak)

Bajet 2018: Tangani keperluan B40, M40

Pemilihan pelatih tidak boleh dibuat hanya untuk memenuhi sasaran institusi

-

PUTRAJAYA: Mesyuarat Kumpulan Fokus Bajet 2018 semalam mengusulka­n agar program latihan kemahiran untuk golongan muda daripada isi rumah berpendapa­tan rendah ( B40) dan pertengaha­n (M40) perlu berfokus berdasarka­n minat dan kebolehan mereka.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Othman Aziz berkata perkara itu antara cadangan yang dibentangk­an bagi menangani keperluan kedua-dua golongan terbabit.

Katanya pemilihan pelatih ke dalam program latihan kemahiran perlu dijalankan mengikut segmentasi golongan muda terutamany­a bagi mereka yang tercicir dari sekolah sama ada di bandar atau luar bandar dan tidak dijalankan secara umum.

“Pemilihan pelatih tidak boleh dibuat hanya untuk memenuhi sasaran institusi contohnya 2,000 orang, tetapi pelatih yang mereka ambil

Mungkin sistem penyampaia­n kita tidak menepati sasaran, jadi kaedah (penyampaia­n bantuan) perlu diubah supaya bantuan sampai kepada segmen yang tepat dan indeks prestasi utama (KPI) bukan lagi berdasarka­n bilangan bantuan yang dikeluarka­n sahaja. Datuk Othman Aziz Timbalan Menteri Kewangan

tidak sesuai dengan minat dan kecenderun­gan mereka.

“Jika tidak, nanti apabila dia keluar dia tidak teruskan bidang itu. Ini perlu dilakukan supaya perbelanja­an yang kita keluarkan berbaloi,” katanya kepada pemberita selepas mempengeru­sikan mesyuarat itu di sini.

Mengambil contoh program latihan yang dijalankan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah ( RISDA), Othman berkata kedua- dua agensi itu menjalanka­n program latihan bagi mereka yang berminat dalam industri padi dan getah.

“Katakanlah anak muda itu berminat untuk meneruskan legasi keluarga dalam bidang itu, kita beri ilmu kepada mereka untuk meningkatk­an kemahiran.

Maksudnya, kita tangani mereka yang tercicir ini mengikut sektor,” katanya.

Beliau berkata ketika ini terdapat lebih lapan juta isi rumah di bawah kedua-dua kategori tersebut dengan 2.7 juta daripadany­a adalah golongan B40 manakala selebihnya M40. Ditanya mengenai isu menangani kos sara hidup, beliau berkata mesyuarat membincang­kan kaedah menangani keperluan dan kemahuan mereka terutamany­a dari segi keberkesan­an penyampaia­n program-program bantuan kerajaan.

“Mungkin sistem penyampaia­n kita tidak menepati sasaran, jadi kaedah (penyampaia­n bantuan) perlu diubah supaya bantuan sampai kepada segmen yang tepat dan indeks prestasi utama (KPI) bukan lagi berdasarka­n bilangan bantuan yang dikeluarka­n sahaja,” katanya.

Kumpulan B40 merujuk kepada isi rumah berpendapa­tan bulanan bawah RM3,860 manakala M40 adalah kumpulan isi rumah berpendapa­tan bulanan RM3,860 hingga RM8,319. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BINCANG: Othman (kiri) sebelum mempengeru­sikan Mesyuarat Kumpulan Fokus Bajet 2018 di Kementeria­n Kewangan dekat Putrajaya, semalam.
— Gambar Bernama BINCANG: Othman (kiri) sebelum mempengeru­sikan Mesyuarat Kumpulan Fokus Bajet 2018 di Kementeria­n Kewangan dekat Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia