Utusan Borneo (Sarawak)

Asing cawan di sekolah, tidak gambar agama Islam sebenar: MB

-

LUMUT: Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menyifatka­n dasar sebuah sekolah kebangsaan di Hulu Langat, Selangor yang mengasingk­an cawan pelajar Islam dan bukan Islam sebagai mendukacit­akan dan tidak menggambar­kan ajaran Islam yang sebenar.

Beliau berkata perkara seumpama itu tidak sepatutnya berlaku terutama di dalam negara yang hidup dalam suasana kepelbagai­an dan berharap perkara seumpama tidak berlaku di Perak.

“Ini seolah-olah kita nak menggambar­kan bahawa Islam keras dan tidak bertoleran­si langsung sedangkan Islam adalah agama sifatnya kesejahter­aan kepada semua.

“Kita tidak mahu perkara ini berlaku di Perak dan saya tidak suka ada pihak yang cuba memisahkan kehidupan kita iaitu kehidupan bernegara,” katanya dalam sidang media pada Majlis Pecah Tanah Projek Perumahan Elemen @Seri Manjung di Kampung Datuk Seri Kamarudin, di sini semalam.

Kelmarin, sebuah portal berita melaporkan sekolah berkenaan telah meletakkan label ‘Murid Islam’ dan ‘Murid Bukan Islam’ pada setiap cawan yang diletakkan bersebelah­an mesin pembahagi air di sebuah blok bangunan di sekolah itu dipercayai untuk kegunaan murid-murid.

Laporan itu turut memetik kenyataan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang menyifatka­n perkara tersebut berunsurka­n perkauman selain mendorong kebencian dan penghinaan terhadap kaum lain.

Mengenai majlis itu, Zam- bry berkata projek rumah mampu milik berkenaan merupakan inisiatif kerajaan negeri untuk memberi peluang kepada golongan kurang berkemampu­an memiliki rumah.

“Perak antara negeri terbaik dari segi pemilikan harta termasuk pemilikan rumah dalam kalangan rakyat berbanding negeri yang berpendapa­tan tinggi yang lain,” katanya.

Projek perumahan itu melibatkan pembinaan dua blok bangunan pangsapuri 14 tingkat yang menawarkan 208 unit kediaman berharga antara RM170,000 dan RM200,000.

Projek bernilai RM40 juta yang dilaksanak­an oleh Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan itu dijangka siap pada 2020, katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PECAH TANAH: Zambry menurunkan tandatanga­n pada plak perasmian pada majlis pecah tanah projek Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) Elemen@Seri Manjung di Manjung, semalam.
— Gambar Bernama PECAH TANAH: Zambry menurunkan tandatanga­n pada plak perasmian pada majlis pecah tanah projek Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) Elemen@Seri Manjung di Manjung, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia